Dyana Sofya DAP dikecam teruk di Twitter?

Seperti yang kita sedia maklum, Twitter merupakan ‘sarang’ atau ‘kubu kuat’ DAP, PH dan puak-puak liberal. Dengan kata lain, apa mereka bicarakan di Twitter akan mendapat sokongan tidak kira apa pun yang mereka perkatakan.

Namun, semua itu sudah semakin berubah. Mungkin mereka perlu cari ‘sarang’ baru atau mungkin mereka hanya perlu menukar strategi iaitu menjadi lebih bijak sahaja dalam mengeluarkan sebarang kenyataan.

Antara yang memberikan responbalas terhadap tweet ini ialah Dr Shamsher Singh iaitu seorang peguam dan pemerhati politik.

“Bagi tau sama Dr M, yang letak jawatan sebelum pakej rangsangan diumumkan. Bagi tau DAP yang tak halang pembawa virus masuk ke Malaysia,” katanya.

Seorang netizen bernama Ahmad Solihin turut ‘menyekolahkan’ Dyana dalam siri tweet tersebut.

“Siapa yang main politik ni kak? Jadi YB tu bijak la sikit. Menteri PN elok je buat kerja. Yang Pakcik Khalid meroyan tiap hari tu akak taknak tegur pulak? Kesian, Syed Saddiq yang lagi muda pun matang dalam hal ni,” ciap Solihin.

Selepas dikecam teruk, Dyana akhirnya memberi respon yang jelas menunjukkan dirinya terkejut dengan reaksi ‘luar biasa’ para netizen Twitter.

Mungkin simpatisan-simpatisan DAP sendiri sudah muak dengan sikap pemimpin-pemimpin DAP yang suka mencetuskan provokasi tanpa memikirkan sensitiviti dan keadaan rakyat yang sedang bertarung nyawa melawan wabak COVID-19.

Mungkin benarlah kata sesetengah orang, “krisis menyatukan kita semua”. – Editorial BMK, 15/4/2020

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: