ISMA tegur ahli politik Muslim supaya istiqamah BMF

BANGI, 21 Syaaban 1441H, Rabu – Pemimpin politik terutamanya yang sudah mendapat kuasa dinasihatkan supaya istiqamah menyokong Kempen Beli Produk Muslim atau Buy Muslim First (BMF), kata Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Haji Aminuddin Yahaya.

Beliau berkata, ahli-ahli politik ini sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat dengan turut mengamalkan kempen BMF ini secara bersungguh-sungguh.

Katanya, ketika krisis COVID-19 melanda negara, kita bersungguh-sungguh mengagihkan sumbangan berbentuk barangan asas kepada rakyat yang memerlukan.

“Maka inilah peluang untuk membuktikan bahawa kita benar-benar mempraktikkan semangat BMF dengan memastikan barang sumbangan tersebut adalah produk muslim atau sekurang-kurangnya dibeli dari kedai muslim jika produk muslim tidak mencukupi.

“Rakyat sudah buktikan yang mereka sanggup bersusah payah mencari produk-produk muslim untuk membangunkan ekonomi umat, mengapakah para pemimpin tidak mampu berbuat demikian pula?

“Jangan sampai rakyat kecewa dan putus harapan dengan pemimpin-pemimpin muslim kita kerana ‘cakap tak serupa bikin’. Semoga kita terus istiqamah beli produk muslim. Insya-Allah, banyak kebaikannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Haji Aminuddin memaklumkan bahawa banyak kejayaan yang telah umat Islam kecapi bersama melalui kempen ini yang sudah lebih setahun berlalu.

Lebih membanggakan katanya, kempen BMF ini adalah inisiatif dan gerakan rakyat sendiri.

“Kita difahamkan barangan asas keluaran pengusaha muslim seperti beras, gula, tepung, minyak masak dan sebagainya sudah banyak. Mereka yang bergelar wakil rakyat punyai capaian yang luas, pegawai bertugas yang cekap serta sumber yang banyak pasti tidak ada masalah untuk mendapatkan bekalan barangan tersebut.

“Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih. Inilah masanya untuk membuktikan kepada rakyat yang produk-produk muslim punyai mutu kualiti yang baik, dengan menghantar produk-produk tersebut dalam bentuk sumbangan ke pintu-pintu rumah.

“Lagipun, dengan berbuat demikian, kita dapat membantu pengusaha-pengusaha kecil yang terjejas teruk dengan krisis ini dengan membeli daripada mereka,” katanya. – Portal Islam dan Melayu, 15/4/2020

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: