Fri. Feb 23rd, 2024

Kerajaan rancang Skim Perintisan Nasional, bantu belia timba pengalaman kerja pasca COVID-19

KUALA LUMPUR, 28 April 2020 – Kerajaan dalam perancangan melaksanakan Skim Perantisan Nasional (SPN) bagi memberi pengalaman pekerjaan kepada anak-anak muda sebagai penampan (cushion) impak COVID-19 sebagaimana yang tersebar di laman Facebook Menteri Belia dan Sukan, Dato Seri Reezal Merican Naina Merican selepas bertemu dengan Menteri Sumber Manusia di Putrajaya semalam.

“Kami berbincang panjang mengenai keluh kesah anak-anak muda dan memahami situasi mereka. Ada yang masih tidak dapat mencari pekerjaan (unemployment), dibuang kerja (retrenchment), tidak mendapat pekerjaan yang setimpal dengan kelayakan (under employment), simpanan tidak mencukupi, perniagaan tidak menentu dan malah ada yang berisiko hingga terpaksa gulung tikar. Semua ini memerlukan tindakan-tindakan yang melangkaui kelaziman biasa,” katanya.

“KBS sedang meneliti beberapa perkara seperti memperkenalkan Skim Perantisan Nasional (SPN) bagi memberi pengalaman pekerjaan kepada anak-anak muda sebagai penampan (cushion) impak COVID-19 di samping langkah dasar dengan memberi keutamaan peluang pekerjaan kepada anak-anak muda kita (job localization) berbanding ekspatriat bagi kerjaya profesional dalam julat gaji RM3,000-RM10,000 juga sedang diteliti. Saya yakin kita ada ramai anak-anak muda yang berkebolehan dan berpengalaman untuk mengisi jawatan-jawatan tersebut,” tambahnya lagi. – Melayukini, 28/4/2020

https://facebook.com/2804039882998700

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *