PEMBELA cadang kad pengenalan baru, banteras sindiket Mykad palsu

KUALA LUMPUR, 28 April 2020 – Naib Pengerusi Gabungan NGO-NGO Islam, Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) iaitu Cikgu Izzat Johari mencadangkan pengenalan Mykad baru untuk banteras sindiket kad pengenalan palsu terutamanya yang semakin berleluasa di kalangan warga asing.

Cadangan itu adalah rentetan siri-siri berita sindiket-sindiket kad pengenalan palsu yang semakin banyak berlaku terutamanya di kalangan warganegara China yang telah menimbulkan kegusaran rakyat.

“Saya pasti ramai tertanya-tanya, ke manakah pergi warga China yang masuk ke negara Malaysia tapi tak balik-balik ke China?” sindir Cikgu Izzat.

“Sudah tiba masanya, Kerajaan Malaysia mengeluarkan KAD PENGENALAN baharu dan paling penting, semasa proses pemohonan kad baharu, wajib ditempatkan wakil NGO (bukan NGO politik) untuk memantau sama semua kelulusan permohonan,” kata beliau.

Beliau juga mencadangkan agar proses pengenalan kad pengenalan baru ini dibuat secara berperingkat dan melibatkan NGO-NGO yang dipercayai sebagai pemantau semua kelulusan permohonan. Beliau juga menegaskan agar NGO-NGO yang dipilih ini bukan dari kalangan NGO politik. – Melayukini, 28/4/2020.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: