Categories
Negara

Petisyen desak ‘ganti IC baru banteras sindiket Mykad palsu’ dilancarkan

Naib Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Cikgu Izzat Johari hari ini melancarkan petisyen kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mendesak agar kad pengenalan (MyKad) baharu diperkenalkan.

Pautan petisyen: bit.ly/KadPengenalanBaru

Dalam petisyen tersebut, beliau berkata, desakan itu sebagai langkah membanteras sindiket penjualan MyKad palsu dan lambakan pendatang tanpa izin (PATI) di negara ini.

“Tahukah anda bahawa isu penjualan MyKad, lambakan warga asing dan ‘kehilangan’ lebih 100,000 pelancong China dan India telah pun mendapat perhatian kerajaan Malaysia. Cuma masih belum ada kenyataan rasmi sahaja.

“Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan tanah air, menjunjung Perlembagaan dan Rukun Negara, kami menyeru kerajaan Malaysia mempercepatkan cadangan mewujudkan kad pengenalan baharu dengan segera,” katanya.

Beliau juga sekali lagi mendesak, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia untuk membentangkan laporan terkini berhubung isu pelancong yang tidak pulang ke negara masing-masing. 

Petisyen yang dilancarkan di platform change.org itu kini telah mendapat hampir 9 ribu tandatangan dari rakyat Malaysia.

“Wahai rakyat Malaysia, dengan kuasa tular yang ada pada kita, kongsi dan sebarkan segera poster sebagai mendesak kerajaan Malaysia cepat bertindak.

“Kita cakap, kita buat. Kalau bukan kita, siapa lagi nak pertahankan negara? Tidak perlu berperang, hanya kongsi sahaja. Ayuh!,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s