3 Persatuan Melayu jadi pencelah cabar kedudukan sekolah vernakular di Mahkamah

Tiga pertubuhan memfailkan permohonan untuk menjadi pencelah dalam saman difailkan Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru) di Mahkamah Tinggi di Kota Bharu bagi mencabar kewujudan sekolah vernakular di negara ini.

Peguam, T Gunaseelan yang mewakili Majlis Bahasa Cina, Persatuan Bahasa Tamil dan Gabungan Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Tamil berkata, permohonan itu difailkan awal minggu ini.

Ketiga-tiga pertubuhan itu dalam permohonan berkata, mereka mempunyai kepentingan langsung dalam kes itu dan akan menjadi pihak terjejas jika plaintif berjaya dalam saman.

Pengerusi Majlis Bahasa Cina, Heng Hong Chai; Pengerusi Persatuan Bahasa Tamil, R Permalu dan Pengerusi Gabungan Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Tamil, M Kumaran juga mengesahkan afidavit untuk menyokong permohonan mereka.

Gunaseelan seperti dipetik portal FMT berkata, beliau juga akan memohon kes di Kota Bahru dipindahkan ke Kuala Lumpur untuk didengar bersama tindakan serupa yang difailkan di ibu negara, jika permohonan menjadi pencelah oleh anak guamnya berjaya.

Sebelum ini, i-Guru memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kota Bharu berkaitan keabsahan sekolah-sekolah vernakular.

Saman berkenaan difailkan terhadap Menteri Pendidikan dan kerajaan Malaysia bagi mencabar Perlembagaan mengikut Seksyen 17 dan 28 Akta Pendidikan 1996.

I-Guru yang lantang mempertahankan pendidikan sekolah satu aliran mengarahkan barisan peguam Datuk Shahrudin Ali, Hannan Ishak, Faidhur Rahman Hadi, Nadia Aziz dan Nazira Rahim bagi mendapatkan keputusan berkait undang-undang di mahkamah.

Pada 8 Januari lalu, gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) juga memfailkan writ saman berhubung keabsahan sekolah vernakular.

Presiden ISMA, Haji Aminuddin Yahaya berkata, sudah tiba masanya mahkamah meletakkan satu titik pengakhiran terhadap sekolah vernakular yang sejak dahulu lagi mewujudkan polemik dalam memupuk perpaduan kaum di Malaysia.

Pada 16 November lalu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM), telah memfailkan writ saman bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa kewujudan sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil adalah bercanggah Perlembagaan Persekutuan.

Sumber: Ismaweb.net

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: