Categories
Negara

Cadang cuti 1 Februari sambut penubuhan Persekutuan Tanah Melayu, berjaya gagalkan Malayan Union

KUALA LUMPUR, 1 FEBRUARI 2021 – Hj Aminuddin Yahaya, mencadangkan agar tarikh 1 Februari dijadikan cuti umum sempena memperingati penubuhan Persekutuan Tanah Melayu menggantikan Malayan Union.

Beliau juga menyatakan sambutan ini adalah sempena menyambut kemenangan menumbangkan Malayan Union yang penuh tipu daya.

“Apa salahnya tarikh 1 Februari dijadikan cuti umum di semua negeri yang pernah menganggotai Persekutuan Tanah Melayu. Bukan sahaja cuti, kita jadikannya sebagai sambutan tahunan sebagaimana kita menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia”, katanya.

“Kita sambut kemenangan kita menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu setelah berjaya menumbangkan Malayan Union yang penuh tipu daya. Bayangkan apa yang akan terjadi jika kita terus dengan Malayan Union, dan tidak berjaya menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu?”, katanya lagi.

Aminuddin yang merupakan Pengerusi PEMBELA juga menyatakan kebimbangannya terhadap pemikiran generasi kini mengenai bangsa Melayu dan istilah ‘Tanah Melayu’.

“Konotasi Tanah Melayu memberikan makna bahawa bangsa Melayu berdaulat di tanah airnya sendiri, maka mereka perlu ada rasa izzah dan bersungguh-sungguh untuk menjaga izzah itu dengan berusaha bersungguh-sungguh membangun anak bangsa dari segenap aspek”, ujar beliau

“Bangsa lain bangga menyebut tentang bangsa mereka, menyebut tentang tanah mereka. Namun, semakin ramai orang Melayu malu mengaku Melayu, jauh sekali ingin berjuang mengubah nasib anak bangsa mereka sendiri yang ketinggalan”

“Bukan setakat itu, saya bimbang jika naratif sejarah akan ditukar dimana hakikat tanah ini adalah asalnya Tanah Melayu akan lenyap dan akhirnya orang Melayu tidak merasakan ini adalah tanah keramat yang diwariskan nenek moyang mereka”

Selain itu, hilangnya rasa bangga dan sensitif terhadap bangsa sendiri merupakan antara punca mudahnya hilang tanah-tanah Rizab Melayu di negara kita.

“Jika kita lupa akan asalnya tanah ini, maka kita akan tidak merasakan apa-apa apabila tanah-tanah Rizab Melayu hilang digadai kepada orang lain. Itu yang kita sudah mula lihat berlaku pada masa kini. Apatahlagi apabila menjadi pemimpin; tiada rasa bersalah menggadai tanah dan maruah bangsa”

“Kini, bukan sahaja tidak ramai yang tahu akan asalnya Malaysia adalah Persekutuan Tanah Melayu tetapi memang sudah jadi norma bahawa apabila disebut perkataan “Tanah Melayu” maka dilabelnya sebagai rasis dan pelbagai konotasi negatif. Ini membimbangkan kita kerana hakikat ini akan menjadikan generasi akan datang tidak mengetahui akan asal usul negara bangsa yang kita ada hari ini. Malah, ‘Melayu’ mereka akan hanya pada nama sahaja”, kata beliau lagi.

Melayukini, 1/2/2021

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s