Elakkan Kuala Lumpur dari penguasaan ultra kiasu

Hari ini, 1 Februari, adalah hari Wilayah Persekutuan. Ibu kota ini akan meraikan ulang tahunnya yang ke-50 pada tahun 2024.

Ahli Parlimen ultra kiasu telah menghantar surat kepada Menteri Wilayah Persekutuan, mendesak memenuhi tuntutan mereka, kononnya mahukan Kuala Lumpur akan menjadi sebuah bandaraya kelas dunia (World Class City) yang mempunyai perancangan yang teratur mengikut piawaian antarabangsa.

Selama ini pun tanpa penglibatan mereka, Kuala Lumpur sudah dikenali sebagai bandaraya bertaraf dunia.

Saya sudah katakan sejak dahulu, tanpa ahli politik, negara, negeri dan bandaraya masih boleh berfungsi seperti biasa. Malah, menjadi lebih baik, sebab mereka yang menguruskan bandaraya tidak berpolitik, seperti mana ahli politik ultra kiasu ini.

Cuma, yang masih belum berjaya dibanteras adalah masalah rasuah masih berleluasa. Perkara ini, perlu ditangani DBKL dengan segera.

Kita cukup sedih, kerana ada dua orang Melayu yang menjadi ahli parlimen di KL bersekongkol dengan ultra kiasu dalam memorandum mereka.

Antara isu yang dibangkitkan ultra kiasu adalah supaya mewujudkan kerjasama di antara agensi-agensi yang bertanggungjawab ke atas pembangunan Kuala Lumpur dengan ahli-ahli parlimen Pakatan Harapan untuk bersama mentadbir Kuala Lumpur. Ultra kiasu mahu terlibat secara langsung.

Alasannya, mereka dipilih secara sah oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu dan mempunyai keabsahan untuk mewakili suara rakyat Kuala Lumpur serta mengangkat masalah yang dihadapi di kawasan Parlimen kami kepada Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) mahupun Kerajaan Persekutuan. Benarkah?

Ultra kiasu ini mahukan “Jawatankuasa Bipartisan Kuala Lumpur 2024”, ditubuhkan bagi menggubal dasar dan perancangan bermula dari sekarang sehingga tahun 2024 dan mentadbir Kuala Lumpur bersama wakil rakyat Kuala Lumpur.

Tujuannya, menambahbaik perancangan bandar, dasar perumahan dan sistem pengangkutan awam, mengatasi masalah alam sekitar akibat perubahan iklim; dan mengatasi kemelesetan ekonomi serta mewujudkan peluang perniagaan dan pekerjaan pasca pandemik COVID-19.

Persoalannya, adakah ultra kiasu ini semua pakar dalam bidang yang disebut berbanding pakar-pakar yang ada dalam DBKL?

Sebelum pergi lebih lanjut, elok jawab soalan saya dahulu. Kuala Lumpur dibuka oleh Yap Ah Loy atau Sutan Puasa? Kepada ultra kiasu, pasti Yap Ah Loy. Majoriti pakar sejarah, termasuk mendiang Khoo Kay Kim kata, Sutan Puasa. Pandai ultra kiasu memutar belitkan sejarah

Ultra kiasu juga berkata, DBKL perlu mengikuti jejak langkah Kerajaan Negeri Selangor dengan mengusahakan pembelian satu juta vaksin untuk warga Kuala Lumpur, bagi membantu mempercepatkan proses vaksinasi penduduk.

Jawab soalan saya dahulu, negeri manakah yang paling tinggi sekali jangkitan wabak COVID-19? Kenapa KL mesti ikut jejak Selangor?

Ultra kiasu juga maju Kerajaan untuk menukar perkhidmatan awam DBKL daripada “perkhidmatan tertutup” kepada “perkhidmatan terbuka”. Bermaksud semua pegawai DBKL akan tertakluk di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan kerajaan boleh memindahkan pegawai yang lebih berpengalaman dan cemerlang di agensi kerajaan lain untuk diserap masuk ke dalam DBKL, manakala pegawai DBKL akan mempunyai peluang untuk berkhidmat di agensi Kerajaan lain juga.

Bijak ultra kiasu ini bukan? Jika merekalah ahli majlis yang dipilih berasaskan pilihan raya PBT, siapakah yang akan bawa masuk. Cuba teka? Sudah lupa laungan Johor (Bahru) for Jesus?

Akhirnya, ultra kiasu mendesak supaya diadakan pilihan raya kerajaan tempatan dengan mencontohi bandaraya seperti Bangkok, Manila dan Jakarta untuk memilih datuk bandar dan ahli-ahli Majlis KL. Hebat ultra kiasu ini, mereka terus merancang dan merancang, malangnya kita terus berkelahi tak pernah padam.

Mereka merancang untuk menawan bandaraya, kita sesama kita, saling jatuh-menjatuh satu sama lain.

Saya mengharapkan kerajaan tidak melayan tuntutan ultra kiasu ini. Selamatkan bandaraya Kuala Lumpur dan penduduknya berjumlah lebih 1.78 juta, berbanding penduduk Perlis 245,000, Melaka 928,000, Negeri Sembilan, 1.12 juta, Terengganu, 1.24 juta

Kuala Lumpur sememangnya sudah membangun dan menjadi kota raya bertaraf dunia. Bermula daripada mulanya dibuka oleh Sutan Puasa sehingga kini. Siapakah arkiteknya kalau bukan anak-anak kita semua.

Cuma, sayang sekali, dahulu bandaraya ini penuh dengan jati diri dan identiti. Tetapi disebabkan oleh datuk-datuk bandarnya terlebih barat, bandaraya ini sudah tidak ada jati diri dan identiti lagi. Menjadi lebih barat daripada barat. Anak-anak bangsa, mula melarat. Bangunan didirikan bertingkat-tingkat, bohsia bohjan makin ligat. Malam-malam buat maksiat. Akhirnya, lahir anak tak cukup sifat.

Justeru, saya ingin mencadangkan beberapa perkara;

Pertama, kepada datuk bandar dan DBKL, jagalah Kuala Lumpur yang dahulunya penuh dengan identiti dan jati diri.

Kini, oleh kerana neraca rujukannya adalah barat, maka bandaraya Kuala Lumpur sudah terlebih barat. Malah lebih barat daripada barat. Bandaraya hidup 24 jam. Yang rosak siapa?

Sedangkan bandaraya negara maju, malam-malamnya ‘mati’ selepas maghrib. Langsung tidak ada identiti. Rujukan kita apa sebenarnya.

Justeru, matikan malam-malam di KL. Semua kegiatan hendak dihentikan pada jam 10.00 malam.

Malam-malam akan menjadi aman tenteram seperti mana bandaraya di negara maju. Menjadi lengang pada jam 7.00 malam. Semua kembali ke rumah untuk berehat bagi mencari kekuatan keesokan harinya.

Ambil iktibar ketika PKP bermula Mac 2020. Apabila tiada pergerakan pada waktu malam, bukan sahaja aktiviti tidak bermoral dapat dikurangkan, malah kadar jenayah dan penagihan dadah menurun mendadak.

Apa semua iktibar ini? Kembalikan kepada adat budaya agama dan bangsa. Baliklah ke rumah sebelum senja atau maghrib. Bukti-bukti sudah jelas menunjukkan bahawa menghadkan aktiviti malam lebih membawa kebaikan dariapda keburukan.

Kedua, kembalikan identiti asal KL yang dibuka oleh Sutan Puasa. Papan tanda, iklan-iklan dan apa jua pengumuman mesti mendaulatkan bahasa Melayu selaku bahasa kebangsaan. Ini tidak, bahasa asing sudah menguasai dan menutupi identiti bandaraya.

Begitu juga denga jawi. Dahulu Kuala Lumpur, penuh dengan tulisan jawi. Kini sepatah haram pun sudah nak jumpa. Usahkan jawi, bahasa Melayu pun tidak didaulatkan. Jangan jadi seperti bandaraya Pulau Pinang. Identiti Sun Yat Sen telah menguasai.

Jika ultra kiasu menjadi penjaga Kuala Lumpur, percaya, bandaraya ini akan menjadi bandaraya langsung tidak ada jati diri.

Ketiga, nama-nama bangunan hendaklah diberikan nama-nama Malaysia, bukannya nama yang pelik-pelik.

Nama-nama bangunan naik dengan nama-nama yang pelik-pelik, langsung tidak mencerminkan identiti Malaysia.

DBKL yang meluluskan pelan dan nama-nama ini, perlulah tapis. Kenapa terima bulat-bulat. Hanya komen daripada sudut teknikal. Perkara seperti nama-nama taman dan bangunan kenapa tidak ditapis.

Paling sedih tengok, projek-projek pencakar langit PNB, GLC kerajaan yang lain juga letak nama ‘english’ dan pelik-pelik.

Hina sangatkah dengan nama-nama mawar, kemboja, melati dan lain-lain.

Apakah benar, pelabur tidak akan melabur jika nama-nama bangunan tidak membawa nama Barat.

Teramat sedih, sudah diluar tidak ada nama tempat, masuk dalam bangunan, nak cari sepatah bahasa Melayu, selaku bahasa kebangsaan pun susah.

Keempat, pasaraya hendaklah dilengkapi dengan kemudahan surau yang sempurna. Bukan diletakkan dipenghujung parkir kereta.

Sebelum luluskan pelan bangunan, pastikan pemaju mematuhi semua kehendak Perlembagaan Persekutuan, yang menjadikan Islam sebagai agama persekutuan.

Wujudkan bandaraya patuh Syariah. Kelab-kelab malam, pusat maksiat dan pusat perjudian hendaklah dipantau dengen ketat. Mana nak datang berkat jika Kuala Lumpur penuh maksiat.

Kelima, jaga kebersihan bandaraya kerana itulah asas utama kejayaan bandaraya besar dunia. Pastikan sungai Gombak yang mengalir ke Kuala Lumpur, airnya jernih. Teruja juga melihat air sungai yang mengalir ke bandaraya dapat dilihat dengan jelas ikan-ikan berenang.

Ini, usahkan nampak ikan, orang buang anak dalam sungai un susah nak nampak. Menunjukkan betapa kotornya sungai bandaraya.

Akhirnya, jangan sama sekali dilayan permintaan ultra kiasu untuk mewujudkan pilihan raya PBT. Tujuannya, tidak lain, mereka mahu menguasai. Jangan terpedaya dengan desakan mereka kononnya mahukan Kuala Lumpur bertaraf dunia. Mereka bukan pakarpun. Lantik ahli-ahli majlis dalam kalangan pakar, bukan kroni atau ahli parti.

Elakkan KL daripada penguasaan ultra kiasu, kerana ia pastikan akan menjahanamkan anak-anak Melayu. Kuala Lumpur akan menjadi Kuala Lumpur for Jesus jika terlepas ke tangan mereka. Sebab itulah ultra kiasu desak sengat agar pilihan raya PBT diadakan segera.

Kita tidak perlu ikut Bangkok, Jakarta atau Manila. Yang perlu kita ikut adalah apa yang betul apa yang salah, bukan bandaraya mana yang buat pilihan raya PBT? Hebat sangatkah bandaraya yang disebut hanya kerana mengadakan pilihanraya PBT?

Buatlah kajian. Jangan terpedaya dengan kelicikan ultra kiasu… Selamat Hari Wilayah…Selamat Bercuti…Jaga SOP. Kita jaga kita…

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah

Melayukini, 1/2/2021

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: