Lucut kewarganegaraan penggadai Tanah Rizab Melayu

BANGI, 18 Jamadilakhir 1442H, Ahad – Kerajaan Persekutuan didesak untuk campur tangan dalam isu penyelewengan Tanah Rizab Melayu berkeluasan 641.6 hektar di Sitiawan, Perak yang didakwa sudah berpindah milik kepada bukan Melayu, akibat penyelewengan sindiket didakwa didalangi pegawai kerajaan. 

Naib Pengerusi Pertubuhan Pembela-Pembela Islam (PEMBELA), Mohd Nor Izzat Johari berkata, kerajaan perlu memaklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa terdapat salah laku dalam pentadbiran Tanah Rizab Melayu di negeri-negeri seperti di Perak.

“Satu tindakan tegas wajar dikenakan kepada dalang atau lebih tepat lagi pengkhianat Tanah Rizab Melayu, sama ada melucutkan kerakyatan atau penjara seumur hidup,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Terdahulu, seluas 641.6 hektar Tanah Rizab Melayu di mukim Sitiawan, Daerah Manjung, Perak didakwa bertukar milik kepada orang Cina sejak tahun 2005.

Sebelum ini, Datuk Hamidah Osman berkata, tanah tersebut dipecah kepada 317 lot dengan 100 peratus dimiliki orang bukan Melayu dan kini menjadi ladang kelapa sawit.

Beliau menegaskan, pindah milik terhadap tanah yang asalnya digazetkan sebagai Rizab Tanah Melayu pada 7 Januari 1930 itu bercanggah dengan enakmen dan Akta Kanun Tanah Negara 1965.

Berikutan itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak memaklumkan bahawa mereka sudah menerima laporan tersebut daripada polis, dan kini sedang mengarahkan pasukan siasatannya meneliti serta menyiasat kes tersebut.

Dalam pada itu, Mohd Nor Izzat mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada pihak SPRM kerana bertindak untuk menyiasat isu penyelewengan ini.

“SPRM mestilah menyegerakan siasatan dan pendakwaan kepada dalang yang telah meluluskan pertukaran status Tanah Rizab Melayu. Jika tidak, SPRM hanya melakukan kerja yang sia-sia,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: