Sifat tamak, mahu cepat kaya punca penyelewengan Tanah Rizab Melayu

BANGI, 20 Jamadilakhir 1442H, Selasa – Sikap tamak dan mahu cepat kaya melalui jalan mudah dipercayai punca berlakunya penyelewengan Tanah Rizab Melayu di Sitiawan, Perak, yang kini didakwa sudah berpindah milik kepada bukan Melayu.

Walhal, umum mengetahui mempertahankan tanah air terutamanya Tanah Rizab Melayu membawa maksud; mempertahankannya, memeliharanya, menjaganya supaya kekal tidak berubah dari sebarangan ancaman, bukannya menjual dan mengadai kepada bukan Melayu.

Ketua Media Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), Haji Rashidi Haris berkata, Tanah Rizab Melayu adalah tanah pusaka moyang bangsa Melayu yang sebahagian tertentu dijadikan tanah rizab.

Ia bertujuan supaya tanah-tanah orang Melayu ini tidak terhapus seluruhnya jika semuanya dijual kepada bukan Melayu.

“Justeru, mereka yang berkuasa ke atas tanah-tanah ini sepatutnya menjaga dan memelihara tanah-tanah yang telah dikhaskan untuk orang Melayu sahaja.

“Betapa jauh pandangan orang Melayu dahulu memikirkan akan kesan dan akibatnya sekiranya tidak ada tanah yang diwartakan sebagai tanah rizab.

“Tujuannya bukan setakat bimbang orang Melayu tidak punya tanah untuk tinggal tetapi bimbang tidak punya negara untuk didiami,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Haji Rashidi mendakwa bahawa beliau menerima maklumat yang mengatakan bukan pentadbir tanah yang menandatangani surat berkaitan pertukaran status tanah tersebut tetapi ‘wakil’.

Sehubungan itu, beliau menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat hingga ke akar umbi pihak yang terlibat dalam kes berkenaan.

Selain mengheret pesalah ke muka pengadilan, Haji Rashidi meminta kerakyatan pihak berkenaan dilucutkan sebagai pengajaran kerana menjual tanah perlindungan hak orang Melayu.

“Melayu yang punya semangat patriotik dan jati diri kemelayuannya yang sebenar tidak akan mengadai maruah bangsa, maruah keturunannya, dan maruah dirinya sendiri. Orang Melayu tak jual bangsa Melayu,” katanya.

Terdahulu, seluas 641.6 hektar Tanah Rizab Melayu di mukim Sitiawan, Daerah Manjung, Perak didakwa bertukar milik kepada orang Cina sejak tahun 2005.

Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Hamidah Osman mendakwa, tanah tersebut dipecah kepada 317 lot dengan 100 peratus dimiliki orang bukan Melayu dan kini menjadi ladang kelapa sawit.

Beliau menegaskan, pindah milik terhadap tanah yang asalnya digazetkan sebagai Rizab Tanah Melayu pada 7 Januari 1930 itu bercanggah dengan enakmen dan Akta Kanun Tanah Negara 1965.

Berikutan itu, SPRM Perak memaklumkan bahawa mereka sudah menerima laporan tersebut daripada polis, dan kini sedang mengarahkan pasukan siasatannya meneliti serta menyiasat kes itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: