Tommy Thomas dapat jadi Peguam Negara atas sokongan pimpinan DAP?

PUTRAJAYA, 2 FEBRUARI 2021 – Tan Sri Tommy Thomas mendakwa, mendapat sokongan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang dan mendiang Karpal Singh – sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) – untuk dilantik jawatan Peguam Negara sekiranya pembangkang menang.

Dalam memoirnya yang baru dilancarkan, Tommy menceritakan bagaimana beliau bertemu dengan Allahyarham Tun Salleh Abas untuk mendapatkan sokongan PAS dan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Ismail ketika itu.

Walaupun gabungan pembangkang dipanggil Pakatan Rakyat, Tommy mendakwa dalam bukunya bahawa beliau disebut sebagai ‘calon terkemuka untuk jawatan Peguam Negara sekiranya Pakatan Harapan menang pada PRU13’, pada 2013.

Tommy bagaimanapun tidak mengenal pasti mereka yang menamakannya sebagai ‘calon terkemuka’ tetapi menyebut ianya ‘kawan lama.’

Bekas Peguam Negara itu mengimbas kembali bagaimana beliau pernah mengunjungi mendiang Karpal di pejabatnya di Pudu sebelum 2013 untuk bertanya sama ada Karpal turut ingin bertanding untuk jawatan yang sama.

“Saya kemudian bertanya adakah dia ingin menjadi Peguam Negara, dan dia menjawab ‘tidak’. Saya kemudian memberitahu keinginan saya untuk menjadi Peguam Negara kepadanya.

“Karpal memberitahu dia akan menyokong pelantikan saya sepenuhnya, dan dia akan segera menyatakannya kepada rakan baiknya dan pemimpin DAP, Lim Kit Siang. Dipersetujui perkara itu akan dirahsiakan,” katanya.

Tommy berkata, pembangkang ‘tidak memenangi kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan Persekutuan pada 2013.’

“Oleh itu, pencalonan saya tetap menjadi rahsia, yang diketahui oleh beberapa orang sahaja,” katanya.

Tommy berkata, pemilihan Tun Dr Mahathir Mohamad ‘sebagai pemimpin Pakatan Harapan untuk bertanding pada PRU14 memberi kesan mendalam kepada peluang beliau menjadi Peguam Negara.’

Beliau kemudian menceritakan mengenai ‘hubungan kacau bilau’ dengan Dr Mahathir dan bagaimana hubungannya dengan bekas peguam Dr Mahathir, Matthias Chang membantu membuka pintu untuk beliau mendekati PM ketujuh pada 2015 berhubung isu 1MDB dan reformasi undang-undang.

Thomas menambah, ketika PRU14 menghampiri tahun 2018, isu pelantikan Peguam Negara sekiranya Pakatan Harapan menang dibangkitkan lagi.

“Saya memberitahu Zainur (Zakaria) dan Ambiga (Sreenivasen) mengenai perbincangan saya dengan Tun Salleh dan Karpal Singh pada tahun 2013 dan sokongan mereka untuk pelantikan saya. Itu menyelesaikan masalah.

“Beberapa hari kemudian, Zainur, Ambiga dan saya mengunjungi Tun di pejabatnya. Zainur membicarakan peranan penting yang akan dimainkan oleh Peguam Negara baharu dalam pentadbiran Pakatan Harapan. Tun bersetuju dan secara khusus menyebut isu 1MDB.

“Kemudian Zainur mengesyorkan pelantikan saya, memuji pencapaian saya dan menyatakan bahawa saya akan menjadi calon yang ideal. Ambiga dan saya diam, begitu juga Tun,” katanya.

Beliau kemudian bercakap bagaimana Pakatan memenangi PRU14 dan Dr Mahathir melantiknya sebagai Peguam Negara, walaupun ‘mendapat tentangan daripada Yang di-Pertuan Agong’, yang merupakan Sultan Muhammad V pada masa itu.

“Tun mengatakan bahawa beliau tidak beranjak untuk melihat pelantikan saya, dan saya menyerahkan perkara itu kepadanya,” katanya.

Tommy berkata, beliau satu-satunya nama yang dikemukakan Dr Mahathir ke Persidangan Raja-Raja Melayu, mereka tidak mempunyai pilihan selain setuju.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: