Categories
Negara Politik

Jangan jadikan Dewan Negara ‘sarang politikus’ kemaruk jawatan, perlu perubahan

Pada asasnya Ahli Dewan Negara (bergelar “YB Senator”) adalah badan pemutus kepada peruntukan undang-undang baru yang dipersetujui Ahli Dewan Rakyat, bukannya “tukang angguk” apatah lagi jadi macai kepada Members of Parliament (MPs).Oleh itu, ia sepatutnya berperanan sebagai pengimbang kuasa (balance of power) antara keperluan kerajaan (Government of the Day) dengan keperluan sebenar rakyat dan kepentingan negara, bukannya kepentingan atas hujah kerajaan semata-mata ketika membentangkan usul di Parlimen kerana kekuatan kerajaan bergantung pada suara majoriti MPs yang biasanya terikat dengan disiplin kepartaian.

Keseimbangan ini amat penting kerana jika dahulunya perlu dibawa kepada perkenan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) sebelum menjadi undang-undang tetapi telah dipinda pada tahun 1993 yang pernah menggegarkan Parlimen ketika itu yang memperlihatkan kuasa Raja-Raja “diturunkan” atau “dikurangkan”.

Walaupun kerajaan Pusat dan Negeri (termasuk pembangkang) boleh mencadangkan nama masing-masing seseorang calon sebagai Ahli Dewan Negara (Senator), namun ia juga berperanan sebagai pengimbang tara kepada suara MPs dalam Dewan Rakyat.

Peranan ini hampir menyamai sistem Dewan House of Lords di United Kingdom (UK) atau House of Senate di Amerika Syarikat (USA) yang menilai semula usul yang dibawa oleh House of Commons (UK) atau House of Representatives (US).

Menarik juga kita “belajar” daripada USA dalam isu impeachment Donald Trump di akhir dua minggu sebelum penyerahan kuasa Presiden yang mana MPs di House of Representatives mendapat sokongan seramai 17 Ahli dari Parti Republican yang menyebabkan usul Impeachment berjaya diluluskan dan dibolehkan untuk melepasi keperluan dibawa ke Dewan Senat yang selalunya dianggap “Upper House” dan pemutus kata dalam sebarang usul penting negara.

Atas sebab kepentingan peranan itulah biasanya Senator dilantik daripada kalangan bekas politician (ahli politik) yang berpengalaman atau profesional (pakar bidang) atau academician (akedemik) atau respectable decorated public figure (individu terhormat negara) atau bekas penjawat awam yang berpengalaman untuk menjadi ahli yang mampu berhujah dalam Parlimen berkaitan sesuatu Rang Undang-undang (RUU) baru yang diluluskan untuk diterimapakai sebagai undang-undang yang sah.

Sistem Upper and Lower House yang juga diamalkan juga oleh Malaysia ini sangat baik kerana penglibatan mereka dari kalangan ahli politik terlantik sebagai MPs akan menyebabkan sesuatu keputusan yang bakal diputuskan di Parlimen itu terikat dan dipengaruhi oleh agenda kepartaian, misalnya kecenderungan kepada dasar atau manifesto parti yang boleh jadi juga bercanggah dengan kepentingan sebenar rakyat dan negara malah kadangkala boleh dilihat sebagai bercanggah dengan Perlembagaan itu sendirinya.

Dalam sesi perdebatan dalam Dewan Parlimen, sering kali juga berlaku alasan-alasan retorik semata-mata, memang sedap didengar tetapi ada kalanya bertentangan dengan prinsip kemanusiaan itu sendiri. Malah melampaunya sehingga mengembalikan ciri manusiawi itu kembali kepada jahiliyah.

Sebagai contoh, atas nama “kebebasan bersuara” lantas mengalakkan masyarakat kepada budaya memanipulasi fakta, memaki hamun dan mencerca; ataupun atas tiket “hak asasi” yang kemudiannya menjerumus insan kepada sifat kebinatangan dalam kancah kemaksiatan dan seks sejenis.

Malah kehinaan manusia itu kekadang jauh lebih teruk daripada sifat kebinatangan itu sendiri dan Allah Ta’ala beri amaran-Nya sebagaimana disebut dalam Al-Qur’an, Surah Al-An’am: ayat 6. Terjemahan maksud: “Tidakkah mereka memerhati dan memikirkan berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (umat-umat itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kepada kamu, dan Kami turunkan hujan atas mereka dengan lebatnya, dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka mereka, dan Kami ciptakan sesudah mereka, umat yang lain?”

Hari ini, faham “keadilan” dan ‘demokrasi” pada neraca dan naratif Barat sudah tidak dapat bertahan, gagal oleh tindakan rakus dan khianat mereka sendiri. Ia seolah memperlihatkan kepada dunia bahawa amalan demokrasi kuasa besar dunia mulai runtuh satu persatu sebagaimana dahsyatnya bangunan Capitol Hill (menyerupai Parlimen di Malaysia) di Washington DC dicerobohi dan diserang oleh rakyat tempatan sendiri yang menolak keputusan pemilihan presiden baru angkara hasutan Presiden US itu sendiri!

Syukur alhamdulillah bagi kita, atas kejujuran penggubal Perlembagaan Persekutuan kita dahulu yang, setelah meneliti model Kanun Melayu Melaka dan memahami sejarah Kesultanan Melayu Lama serta meneliti susur galur tiga pasak utama: (i) Agama Islam (ii) Bangsa Melayu dan (iii) Raja Melayu, telah mengekalkannya dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 dengan memperuntukkan sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan dalam kerangka demokrasi berparlimen.

Namun, sayang sekali, kini sudah jelas kelihatan, percubaan demi percubaan, termasuk di kalangan MP terlantik dan usaha terkini oleh bekas Peguam Negara mahu mempersoalkan sistem perundangan negara dan kedaulatan Intitusi di-Raja.

Tidak syak lagi, semua usaha ini terangkum dalam grand design jangka panjang ke arah menghapuskannya menerusi kemenangan kuasa dalam pilihanraya Parlimen. Mereka sebenarnya gila kemaruk kuasa walhal, absolute power, corrupts absolutely.

Justeru memahami trend yang berbahaya ini, kerajaan hari ini harus melaksanakan beberapa perubahan drastik menambahbaik sendi-sendi utama pentadbiran negara yang masih lopong terutamanya berkaitan komposisi dan keahlian Dewan Negara dengan “reset” semula menerusi tapisan yang lebih teliti dengan meletakkan mereka yang mahir dan benar-benar pakar bidang bagi memperkasakan semula Parlimen menjadi lebih berwibawa, berintergriti dan profesional.

Haji Rashidi bin Haris
Ketua Media Pertubuhan MUAFAKAT
Ketua Komunikasi & Multimedia PEMBELA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s