Fri. Feb 23rd, 2024

KUALA LUMPUR, 9 FEBRUARI 2021 – Presiden parti PUTRA Malaysia, Datuk Dr. Ibrahim Ali menyarankan agar Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) diberikan tanggungjawab sebagai Perdana Menteri Malaysia manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim pula sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Beliau berkata, saranannya itu hanya dapat dilaksanakan sekiranya Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Kata Ibrahim lagi, cadangan yang dilontarkan oleh beliau adalah demi merungkai kecelaruan politik yang melanda negara masa kini.

“Apabila celaru politik diselesaikan, kecelaruan rakyat juga terungkai sama dan apa yang dicadangkan di atas adalah formula PUTRA untuk menyelesaikan masalah dalam negara hari ini,” katanya ketika tampil sebagai tetamu undangan Live SUARA MERDEKA hari ini.

Ibrahim menegaskan, cadangan beliau Ku Li dan Anwar itu adalah penyelesaian jangka pendek dalam usaha untuk menstabilkan keadaan politik di Malaysia.

Kredit: Suara Merdeka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *