Majlis Pekerjaan Nasional komited bantu rakyat tingkatkan pendapatan – Pakar

KUALA LUMPUR, 14 Feb — Penyertaan sektor swasta dan awam dalam Majlis Pekerjaan Nasional (NEC) adalah bukti kukuh komitmen kolaborasi Malaysia untuk meningkatkan kehidupan rakyat dengan menangani cabaran pengangguran dan memfokuskan pada peningkatan kemahiran serta digitalisasi.

Ia adalah pendapat diluahkan Pengarah Urusan Microsoft Malaysia, K. Raman dan Pengarah Urusan Infineon Technologies (M) Sdn Bhd, Chee Hong Lee serta pemimpin industri dan korporat lain serta ahli akademik yang dilantik menganggotai NEC.

Pada 9 Februari lepas, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempengerusikan mesyuarat NEC kedua yang diadakan secara maya dan menyatakan bahawa lebih daripada 160,000 peluang pekerjaan baharu dijangka diwujudkan tahun ini melalui pelaburan yang komited, hasil daripada koordinasi erat antara kerajaan dan industri.

Raman berkata Microsoft menyambut baik penglibatan aktif kerajaan dan koordinasi erat dengan sektor swasta untuk mempercepat pemulihan ekonomi Malaysia dan meningkatkan daya tahan.

“Penyertaan kami dalam NEC akan menumpukan perhatian kepada mengenal pasti peluang pekerjaan ekonomi digital serta memberikan input untuk mewujudkan persekitaran dasar yang akan meletakkan kedudukan kometitif tenaga kerja berkaitan digital di Malaysia, seiring dengan misi kami untuk memperkasakan semua orang dan setiap organisasi di planet ini untuk mencapai lebih banyak kemajuan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Walaupun perkara ini belum pernah terjadi , kita semua terlibat sama, ada harapan dan peluang kelak, kata Raman.

“Malaysia akan kembali aktif daam aktiviti perniagaan, masa depannya akan berdasarkan ekonomi digital dan tenaga kerja digital akan menjadi pemacu penting bagi pemulihan ekonomi negara. Pekerja adalah sumber terbaharu pelaburan yang paling penting kerana kemahiran digital diperlukan dalam setiap pekerjaan,” katanya.

Raman berkata Microsoft komited untuk menyokong kerajaan dan memperkasakan tenaga kerja digital negara.

“Sebagai sebahagian daripada tindak balas Microsoft terhadap pandemik itu, kami mengumumkan komitmen global syarikat untuk memberi kemahiran digital kepada lebih daripada 25 juta orang di seluruh dunia. Kami menawarkan akses percuma kepada pembelajaran dan kandungan daripada LinkedIn Learnings, Microsoft Learn dan GitHub Learning Lab. Kami teruja kerana lebih daripada 36,000 rakyat Malaysia setakat ini telah mengakses sumber pembelajaran percuma ini untuk memperoleh kemahiran digital baharu, “katanya.

Untuk memastikan Microsoft juga membantu golongan terkesan akibat pandemik COVID-19, Raman berkata ia secara aktif menjalinkan kerjasama dengan organisasi bukan kerajaan (NGO) untuk meningkatkan dan menyusun semula komuniti, termasuk pencari kerja dan golongan belia yang bekerja dalam ekonomi gig.

“Selain itu, Microsoft telah mempercepatkan perkongsiannya dengan sektor pendidikan untuk memastikan kurikulum semasa bersedia untuk industri. Ini adalah sebahagian daripada matlamat bersama kami untuk membantu siswazah berdaya tahan dengan kemahiran industri dan sumber yang relevan, bukan sahaja dapat membantu menghasilkan siswazah bersedia ke alam pekerjaan tetapi juga kemahiran keusahawanan serta pada masa yang sama mencipta pekerjaan juga.

“Seiring dengan objektif NEC, kami akan terus berkolaborasi dengan kerajaan dan rakan kongsi kami untuk melengkapkan lebih banyak rakyat Malaysia dengan kemahiran digital. Kami percaya bahawa akses yang meluas kepada kemahiran digital adalah langkah penting dalam mempercepat pemulihan ekonomi dan supaya rakyat Malaysia berjaya dalam pertumbuhan ekonomi digital di Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Infineon Technologies (M) Sdn Bhd, Chee Hong Lee berkata NEC merupakan platform yang tepat bagi sektor swasta dan agensi kerajaan untuk melaksanakan tindakan bersama.

“Inisiatif yang dikemas kini oleh pasukan petugas yang khusus adalah komprehensif dan agresif. Saya yakin ia akan berkesan bukan hanya untuk mewujudkan lebih banyak pekerjaan tetapi juga untuk menyelesaikan cabaran lain yang sudah lama berlaku seperti ketidaksesuaian melibatkan kemahiran dan kebolehkerjaan,” kata Chee.

Sektor swasta akan bertindak penasihat dalam memberi maklum balas kepada kerajaan untuk memperbaiki strategi dan memastikan pelaksanaannya berkesan.

Bagi mengekalkan pekerjaan, penciptaan pekerjaan serta melatih semula pekerja dalam kelembapan ekonomi disebabkan pandemik COVID-19, Chee berkata ini adalah perkara penting sektor swasta dan kerajaan mesti bekerjasama untuk menangani, memahami dan menentukan kerangka tindakan yang tepat untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan berkesan.

“Keperluan untuk meningkatkan kemahiran dan melatih semula pekerja bukan satu-satunya isu penting ketika pandemik COVID-19 tetapi keperluan mendesak untuk bersedia terhadap Revolusi Industri Keempat (IR 4.0).

“Sebagai contoh, kita mesti menutup jurang persefahaman antara strategi kerajan dengan keperluan dan kehendak sektor swasta,” kata Chee.

Beliau berkata hasrat dan petunjuk prestasi utama inisiatif masing-masing di bawah NEC ditentukan dengan jelas.

“NEC akan memastikan inisiatif yang ditentukan akan menangani cabaran di semua sektor dan tidak hanya bermanfaat bagi inidividu atau industri tertentu sahaja,” kata Chee.

— BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: