MCA, Gerakan sebagai ‘lubuk masalah’: cadangan solusi kepada BN dan PN

Baru-baru ini, Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan kemasukan Parti GERAKAN ke dalam Perikatan Nasional. Pelbagai reaksi dan tafsiran yang kita dapat lihat dalam kalangan masyarakat mengenai perkembangan ini.

Bagi saya, ia bukan suatu yang mengejutkan kerana dalam keadaan PN yang masih tidak stabil ini ia perlu diperkuatkan segera bagi menghadapi PRU15. Cuma yang agak menghairankan ialah kenapa parti yang sudah tamat riwayatnya ini masih didamba walhal ia sudah ditolak oleh pengundi Cina. Saya amat yakin kemasukan GERAKAN tidak menambah apa-apa nilai kepada PN malah mungkin menjadi beban.

Lagipun kalau kita lihat sejarah pemerintahan GERAKAN di Pulau Pinang membuktikan mereka tidak membawa aspirasi sebagai parti berbilang bangsa kerana orang Melayu terus terpinggir di sana. Puluhan tahun mereka mentadbir, apa yang jadi kepada bangsa Melayu di sana? Selepas itu, DAP pula ambil alih dan hanya menyambung sahaja ‘legasi’ mereka.

Para pemimpin negara harus sedar bahawa kedudukan orang Melayu dalam semua bidang sudah berada di hujung tanduk. Kecuaian dalam meniti strategi politik boleh membawa kepada impak yang ‘fatal’ kepada nasib bangsa dan agama. Inilah yang seharusnya difikirkan oleh kerajaan dan bukan lagi dengan jalan kompromi demi kompromi sehingga nasib anak bangsa jadi tidak keruan.

Kita sudah lihat bagaimana MCA berjaya ‘mencairkan’ UMNO di dalam BN, persoalan yang besar yang bermain di fikiran rakyat terutamanya orang Melayu ialah apakah PN juga nanti akan ‘dicairkan’ juga oleh GERAKAN? Namun sentimen ini seolah-olah tidak dapat dibaca oleh pemimpin politik orang Melayu. Bila lagi pemerintah mahu mengubah nasib bangsa kalau bukan sekarang; yang dikatakan sebagai ‘Kerajaan Melayu-Islam’?

Pemimpin negara perlu ingat, hati orang Melayu kini sedang sangat terguris apabila satu demi satu tuntutan bangsa lain dipenuhi sedangkan hak orang Melayu sendiri tidak dibela. Dasar-dasar kerajaan selalu dikatakan ‘bersifat inklusif’ kepada semua kaum tetapi bila perlaksanaanya sering bangsa lain juga yang mengaut keuntungan akhirnya.

Walaupun negara sudah merdeka lebih dari 60 tahun tetapi lihatlah siapa yang menghuni pangsapuri PPRT dan rumah-rumah setinggan? Majoritinya adalah orang Melayu. Saksikanlah keadaan mereka yang hidup terlalu daif itu. Jangan berdegar-degar bercakap pasal MARUAH jika kalian tidak peduli nasib bangsa.

Walaubagaimanapun, dalam konteks isu penyertaan GERAKAN dalam PN ini, saya berpandangan, tatkala rakyat sedang kuat membangkitkan mengenai perpaduan Melayu dan semua parti sekarang memancing orang Melayu, kenapa PN tidak mengambil kesempatan sedemikian secara lebih serius?

Di luar sana ada parti-parti Melayu yang masih tidak dibawa bersama mana-mana gabungan seperti BERJASA, IKATAN dan PUTRA. Walaupun mereka ini kecil tetapi mereka mempunyai kekuatan tersendiri dan membawa gagasan Melayu dan Islam. BN atau PN harus membawa pendekatan inklusif kerana era hanya satu parti mendominasi politik tanah air sudah pun berlalu.

Maka, saya ada cadangan kepada BN dan PN.

Saya melihat ini sebagai peluang untuk BN atau PN mempertimbangkan parti BERJASA, IKATAN dan PUTRA ini sebagai nilai tambah ke dalam gabungan masing-masing (jika berlaku 3 penjuru). Sesiapa yang dapat mereka ini pasti akan mendapat sedikit kelebihan undi Melayu atas pagar kerana mereka ini ada kekuatan tersendiri. Mereka ini ada bahagian-bahagian di seluruh negara, kepakaran dan jumlah jentera signifikan yang boleh dimanfaatkan.

Tidak mustahil ‘kekuatan yang tidak banyak’ inilah yang menjadi penentu dalam pertembungan 3 gabungan gergasi dalam PRU-15 nanti (BN, PN dan PH).

Kalaulah semua gabungan (BN, PH dan PN) sudah ada ‘lubuk masalah’ masing-masing ketika ini, iaitu MCA, DAP dan GERAKAN, maka kita boleh simpulkan semua sudah ‘equal’. Masing-masing perlu memikirkan suatu nilai tambah untuk memperkuatkan gabungan masing-masing.

Saya melihat BERJASA, IKATAN dan PUTRA boleh mengimbangi ‘lubuk masalah’ dalam BN atau PN, sekurang-kurangnya dari segi imej dan keyakinan rakyat khususnya masyarakat Melayu.

Terpulanglah kepada BN atau PN, bagaimana bentuk kerjasama itu nanti. Apakah mereka mahu hanya buat persefahaman tanpa sertai gabungan atau ajak masuk gabungan terus. Kerana saya yakin, mereka (BERJASA, IKATAN dan PUTRA) akan bertanding juga walau apa pun yang terjadi.

Ingat, kali ini (PRU-15) apa-apa kelebihan walaupun sedikit boleh menentukan siapa yang akan memerintah Malaysia. Saya serahkan kepada anda untuk fikir-fikirkan lontaran idea saya secara santai saya ini.

Dipetik dari laman Facebook rasmi Aminuddin Yahaya, Presiden ISMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: