Categories
Negara Politik

Isu Sugarbook: Kelab Mahasiswa BERJASA lapor polis

KAJANG, 15 FEBRUARI 2021 – Kelab Mahasiswa BERJASA yang merupakan sayap mahasiswa bagi parti BERJASA hari ini turun membuat laporan polis terhadap platform ‘pelacuran’ anak muda atas talian ‘Sugarbook’.

Aktivis Kelab Mahasiswa BERJASA, Ahmad Muntasir Aznan telah membuat laporan polis itu di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, Selangor dengan harapan pihak berkuasa khususnya kerajaan untuk sekat dan haramkan aplikasi tersebut.

“Terdesak macam mana pun, jangan perjudikan harga diri! Sudah tiba masa untuk kita fikir solusi bagi mencantas segala platform yang boleh merosakkan anak-anak bangsa kita”, katanya.

Menurutnya lagi, berdasarkan statistik yang tular baru-baru ini, seramai 12,705 mahasiswa telah terlibat dengan kancah Sugar Baby ni. Kata Ahmad Muntasir, kebanyakannya datang dengan alasan kesempitan kewangan untuk membayar yuran pengajian, sewa rumah dan sebagainya.

“Jika tidak dicantas platform sebegini secepat mungkin, lambat laun ia akan menjadi satu industri yang mengajak anak muda kita menjana pendapatan dengan menjual harga diri”, katanya lagi.

– Melayukini, 15/2/2021

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s