Categories
Negara

Sugarbook: Antara dilema politikus, masyarakat dan pertimbangan nilai moral

Selepas tersiar pendedahan statistik pelanggan Sugarbook, platform temu janji “sugar daddy-sugar baby” terbesar di Asia yang melaporkan peningkatan 40 peratus pelajar mendaftar untuk menjadi ‘sugar baby‘ sejak Januari lalu. Bertubi-tubi komen kebimbangan dan kemarahan daripada netizen, beberapa pemimpin parti politik dan yang paling terkehadapan sebilangan besar Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK).

2. Difahamkan kes Covid-19 dan perintah kawalan pergerakan (PKP) menyebabkan lebih ramai pelajar universiti di negara ini terjebak dalam kancah “sugar baby-sugar daddy” bagi memperoleh wang mudah untuk menampung kos sara hidup dan yuran pengajian.

Bagaimana respons Menteri?

3. Belum terdengar lagi sebarang suara daripada menteri yang menjaga portfolio berkaitan seperti Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Adakah menguruskan badan lebih penting daripada masalah masyarakat? Sedangkan sebahagian besar yang terlibat adalah dari golongan wanita.

4. Di mana pula Menteri Pengajian Tinggi? Adakah telah ketandusan idea setelah dikritik kerana penganjuran pertandingan video pendek TikTok pada tahun lepas? Adakah menteri tidak menyiasat kos sara hidup yang perlu ditanggung pelajar sehingga perlu terlibat dengan kegiatan yang hina ini? Bagaimana pula dengan pengisian program di IPT agar para pelajar tahu perkara yang diterima dan ditolak oleh norma-norma masyarakat?

5. Bagaimana pula Menteri Belia dan Sukan? Ketika timbalannya mengusulkan idea yang kononnya paling genius dengan cadangan ‘mencetak duit’ untuk membantu rakyat Malaysia mengharungi krisis ekonomi akibat wabak Covid-19 yang kemudiannya menjadi bahan jenaka.

6. Adakah kementerian mempunyai inisiatif alternatif bagi menyediakan peluang kepada para belia wanita untuk memperoleh wang dengan cara yang lebih bermoral daripada melacur seperti program keusahawanan? Tidakkah menteri mengetahui yang terlibat di dalam platform tersebut sebagai ‘sugar baby‘ adalah belia?

7. Golongan belia ini terdedah kepada zina dan perlanggaran undang-undang negara kerana apabila perkhidmatan seks dengan bayaran berlaku, maka ia boleh dikira sebagai pelacuran mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara selama satu tahun, atau denda, atau dengan kedua-dua, jika sabit kesalahan.

8. Bagi umat Islam, bukan sahaja berzina, mendekati zina juga dilarang melalui firman Allah SWT iaitu “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)” – Surah al-Isra’: 32

9. Hatta non Muslim di Malaysia juga menganggap perbuatan mendapat wang mudah melalui cara ini adalah jijik dan hina. Amalan melahirkan wanita ‘kaki kikis’ yang bergantung harap kepada lelaki berharta semata-mata memenuhi kehendak material dan gaya hidup mewah.

10. Dari sudut kenegaraan, ini tentulah sesuatu perlanggaran terhadap rukun negara yang kelima iaitu “Kesopanan dan Kesusilaan”. Inilah bentuk budaya Barat yang menceroboh sempadan negara secara maya sewaktu negara menghadapi ancaman Covid-19. Platform-platform seumpama ini perlu disiasat dan perlu penglibatan Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC). Saat berita ini disiar, media melaporkan laman Sugarbook telah disekat namun masih ada ruang untuk akses ke laman tersebut melalui jalan yang lain.

11. Sehubungan itu, Ahli Parlimen perlu berfikir lebih jauh dengan melihat bagaimana “aktiviti yang mendekati zina” ataupun zina dapat dijadikan sebagai suatu kesalahan dalam undang-undang sivil. Tindakan ini perlu bagi menghadapi jenis cabaran liberalisme yang dihadapi kini.

12. Bagi MUAFAKAT, jalan penyelesaiannya ialah memudahkan kaedah perkahwinan seperti dinyatakan dalam Surah al-Nisa’, ayat 3 yang berbunyi:

Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.”

Haji Rashidi bin Haris

Ketua Media Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s