MCA, Gerakan bertanding di ‘kerusi tradisi’ DUN Kelantan?

KUALA LUMPUR, 19 FEBRUARI 2020 – Berkemungkinan besar akan berlaku pertembungan antara parti-parti Cina di DUN Kelantan setelah Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menyatakan keinginannya untuk bertanding di DUN Kelantan

Berdasarkan rekod pilihan raya umum yang lalu, MCA ada bertanding di DUN Kelantan, iaitu N09 Kota Lama dan sudah sekian lama bertanding di situ sehingga ada yang menganggap ‘kerusi tradisi’ MCA melawan PAS.

Ada yang berpendapat bahawa Gerakan akan mencabar MCA di kerusi tersebut jika Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) tidak bersama dalam pilihanraya umum ke-15 (PRU-15) nanti di kerusi majoriti pengundi Muslim itu.

Akhbar NST melaporkan Gerakan Kelantan melalui pembantu setiausaha Gerakan Kelantan, Gan Thuan Bun berkata mahu bertanding di kerusi sekutunya PAS di DUN Kota Lama, yang dipegang parti Islam selama lebih dari dua penggal itu.

Walaubagaimanapun, Setiausaha Agung Gerakan, Mak Kah Keong menyifatkan kenyataan tersebut adalah suatu yang mengejutkan.

“Masih awal lagi untuk membincangkan sebarang isu berkaitan pengagihan kerusi pilihan raya dan perkara itu perlu diputuskan oleh kepimpinan pusat parti. Jangan cetuskan kontroversi,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Leong Su Siang dari MCA melalui BN yang juga didokong kuat oleh UMNO pernah memenangi kerusi majoriti pengundi Muslim di Kelantan itu pada pilihanraya umum ke-9 iaitu pada tahun 1995 menewaskan calon Parti BERJASA dengan majoriti tipis.

— Melayukini, 19/2/2021

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: