Pekebun sawit tanpa geran di Pahang, ahli politik bela juga!?

Minggu lepas kecoh berkenaan insiden yang khabarnya satu lagi pencerobohan berlaku di kawasan perhutanan di Paya Lang, Triang, tetapi kes kali ini agak unik dan berlainan sedikit daripada kes-kes pencerobohan tanah di Pahang, Perak dan terbaru di Selangor seperti yang dilaporkan dalam media.Dalam insiden di Paya Lang, Triang, media melaporkan beberapa pekebun berkumpul apabila jengkaut mula memasuki kawasan terbabit yang berkeluasan kira-kira 80 hektar – difahamkan untuk menebang pokok kelapa sawit milik pekebun tersebut untuk tujuan pembangunan.

Turut kelihatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Triang, Leong Yu Man daripada parti DAP berusaha sedaya upaya menghalang proses penebangan tersebut dan menyebelahi para pekebun yang menanam pokok-pokok kelapa sawit tersebut.

Persoalannya sekarang siapakah ADUN ini sehingga berhak menghalang proses penebangan pokok-pokok kelapa sawit tersebut? Tidakkah ADUN itu mengetahui bahawa para pekebun tersebut tidak berhak terhadap kawasan tersebut kerana tidak mempunyai geran.

Para pekebun juga akur dengan hakikat mereka tidak ada lesen malah memaklumkan bahawa Lesen Pendudukan Sementara (TOL) yang pernah diberikan telah dibatalkan.

Sepatutnya apabila menyedari perkara berkenaan, para pekebun sepatutnya menerima realiti bahawa kawasan tersebut bukan milik mereka dan tidak sepatutnya melakukan sebarang tuntutan yang tidak munasabah. Dalam ertikata lain pekebun sebenarnya adalah penceroboh bukannya peneroka.

Biarpun sebelum ini kawasan tersebut pernah diusahakan oleh mereka sejak dari awal sekalipun. Ini kerana hasil keuntungan sebelum ini telah pun dinikmati oleh mereka dan kemungkinan besar tidak mustahil mereka tidak pernah membayar sebarang cukai kerana tidak mempunyai geran. Ini sekaligus menunjukkan selama mereka mengusahakan tanah dan mengaut keuntungan adalah tanda kemurahan kerajaan negeri. Apa lagi mereka mahu?

Justeru tindakan menghalang proses penebangan tersebut sepatutnya boleh dianggap sebagai satu lagi pelanggaran undang-undang. Ia sama seperti penceroboh yang mempertahankan tanah yang telah diambil secara haram dan diusahakan tanpa keuzinan pihak berwajib.

ADUN Triang sepatutnya memihak kepada kerajaan negeri yang menjalankan kerja secara sah mengikut peruntukan undang-undang dan tidak mempunyai kecenderungan kepada mana-mana pihak lebih-lebih lagi kepada para pekebun tersebut yang tidak mempunyai pemilikan tanah yang sah.

Adalah lebih baik ADUN Triang menumpukan kerja-kerja kebajikan semasa pandemik Covid-19 ini daripada terlibat dengan sebarang tuntutan tidak munasabah yang mungkin mempunyai motif berunsur politik bagi menarik pengundi cina.

Sejak mutakhir ini, pelbagai kes yang serupa telah berlaku. Selain pembinaan kuil oleh masyarakat Hindu tanpa pemilikan tanah yang sah, perkara sama juga dilakukan oleh masyarakat Cina bagi tujuan penerokaan kawasan pertanian. Satu jawatankuasa bagi melihat perkara ini perlu ditubuhkan dan setiap kerajaan negeri perlu mengambil kawalan semula terhadap tanah-tanah yang diceroboh.

Haji Rashidi bin Haris
Ketua Media Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: