Kenapa Amerika ‘terlompat’ hanya bila Malaysiakini disaman?

KUALA LUMPUR, 20 FEBRUARI 2021 – Respons Suruhanjaya Tinggi British dan Kanada serta Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur terhadap keputusan mahkamah dalam kes portal Malaysiakini perlu dipandang serius oleh pihak kerajaan Malaysia. 

Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) melihat kenyataan campur tangan ‘mereka’ adalah tindakan biadab dan mencabar kedaulatan negara Malaysia dari pelbagai aspek. 

Pengerusi PEMBELA, Haji Aminuddin Yahaya berkata, prinsip kebebasan kehakiman perlulah dihormati oleh semua pihak terutamanya kerajaan negara-negara luar. 

“Di manakah suara-suara pihak luar ini dalam kes-kes mahkamah yang melibatkan media lain di Malaysia? Kenapa mereka membisu tetapi melatah apabila melibatkan Malaysiakini? 

“Sikap dwistandard ini menyebabkan integriti mereka ini boleh dipersoalkan. 

“PEMBELA ingin mempersoal adakah wujudnya kepentingan tertentu oleh kerajaan-kerajaan negara ini terhadap Malaysiakini secara khusus?,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Suruhanjaya Tinggi British dan Kanada serta Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur yang kononnya melahirkan kebimbangan terhadap keputusan mahkamah yang mensabitkan Malaysiakini bersalah menghina mahkamah susulan komen pembaca.

Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan bersama Pesuruhjaya Tinggi Charles Hay dan pemangku pesuruhjaya Tinggi Kanada Esther Van Nes serta kenyataan kedutaan AS.

Hey dan Van Nes berkata, kebebasan media penting untuk keselamatan, kemakmuran dan kesejahteraan masyarakat

Kedutaan AS pula berkata, keputusan mahkamah melahirkan kebimbangan susulan kesannya terhadap kebebasan akhbar di Malaysia.

“Kebebasan bersuara, termasuk untuk ahli media dan masyarakat awam, adalah asas untuk wacana terbuka dan prinsip demokrasi yang menyokong akauntabiliti dan pemerintahan yang baik,” katanya.

Mengulas lanjut Haji Aminuddin berkata, semua pihak perlu ingat bahawa walaupun Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kebebasan bersuara, tetapi tidak mutlak. 

“Perkara 2(a) jelas memperuntukkan sekatan terhadap sebarang penghinaan mahkamah dan Perkara 10(4) jelas memperuntukkan kebebasan bersuara hanya setakat perkara-perkara yang tidak menyentuh kepada isu-isu sensitif,” katanya.

Portal berita Malaysiakini didapati bersalah menghina mahkamah kerana menyiar komen pembaca yang menyerang badan kehakiman dan diarah membayar denda RM500,000.

Bagaimanapun, mahkamah mendapati responden kedua, iaitu ketua pengarang Malaysiakini, Steven Gan tidak bersalah.

Syarikat itu diberi tiga hari bermula Isnin untuk menyelesaikan denda tersebut.

Mereka merayu bantuan daripada pembaca serta penyokong untuk membayar denda itu, dan dilaporkan berjaya mengumpulkan sumbangan sehingga RM552,321 dalam masa 4 jam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: