MyDIGITAL bukti Malaysia sedia lakukan transformasi dengan pendekatan “Whole of Nation’ – MDEC

KUALA LUMPUR, 20 Feb — Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL) merupakan bukti kesediaan Malaysia melakukan transformasi dengan pendekatan ‘Whole of Nation’, kata Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Surina Shukri. 

Beliau berkata kesemua komponen yang diumumkan dalam MyDIGITAL diyakini mampu menjadi aset baharu negara ke arah transformasi ekonomi digital sekali gus memungkin pelbagai peluang baharu termasuk pelaburan digital.

“MyDIGITAL diyakini akan memperkukuhkan asas serta pembangunan infrastruktur digital negara. Memandangkan pertumbuhan ekonomi digital bergantung kepada data, inisiatif untuk wujudkan pusat data berskala hiper dengan jangkaan pelaburan mencecah RM15 bilion akan meningkatkan ruang inovasi dan perkongsian kerjasama awam dan swasta.

“Projek Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang disebut untuk memantapkan kesalinghubungan sedia ada dengan sasaran sembilan juta premis menjelang hujung 2025 akan menjadikan negara kita bersedia ke teknologi selular generasi kelima atau 5G dalam masa terdekat,” kata beliau dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Seterusnya, Surina menambah komponen 5G akan memacu pelaburan dalam inovasi baharu menerusi kepantasan yang memungkinan pemindahan teknologi sekaligus mencipta lebih banyak pekerjaan berkemahiran tinggi dan menjadikan Malaysia salah satu pasaran paling kompetitif di dunia.

Beliau berkata MDEC turut teruja apabila MyDIGITAL juga memberi tumpuan penting kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan usahawan mikro untuk beralih ke arah e-dagang yang selama ini menjadi inisiatif penting dilaksanakan pihaknya.

“Ketika ini sebanyak 335,834 PKS dan mikro telah memasuki pasaran e-dagang berdasarkan rekod MDEC. Berdasarkan sasaran MyDIGITAL pula, sejumlah 875,000 perniagaan kategori berkenaan akan turut berbuat demikian.

“Sokongan berterusan kerajaan kepada ekosistem syarikat pemula turut diberi fokus perhatian menerusi jangkaan mampu untuk menarik pelaburan baharu sebanyak RM70 bilion dari dalam dan luar negara,” katanya.

Beliau berkata ketika ini, ekosistem syarikat pemula sedang muncul di Malaysia berada di tempat ke-11 dunia dengan mendapat skor tertinggi dari segi prestasi dan nilai pasaran manakala nilainya mencecah US$15 bilion.

“MDEC bersedia melakukan lonjakan digital untuk mencapai hasil yang lebih baik kepada negara dan rakyat selain komited untuk melaksanakan inisiatif berpaksikan digital seperti diumumkan bagi memastikan rakyat mendapat manfaat pada era Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0) dan mengukuhkan Malaysia sebagai  Nadi Digital ASEAN,” kata Surina.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat melancarkan inisiatif MyDIGITAL sebagai pelengkap kepada Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Di bawah pelan itu, ekonomi digital di Malaysia dijangka menyumbang 22.6 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara dan turut menyediakan 500,000 peluang pekerjaan dalam ekonomi digital.

— BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: