Categories
Politik

Biadap! MIC ambil peluang tuntut kerusi ketika parti-parti Melayu sedang ‘bercakaran’?

KUALA LUMPUR, 21 FEBRUARI 2021 – Parti komponen Barisan Nasional (BN) iaitu Kongres India Malaysia (MIC) dianggap sebagai biadap kerana ambil kesempatan menuntut kerusi “boleh menang” dari UMNO dan lebih liciknya lagi ialah ianya dilakukan ketika parti-parti Melayu sedang ‘bercakaran’ berebut kerusi antara satu sama lain.

Menurut Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Aminuddin Yahaya, MIC dan mana-mana parti bukan Melayu lain dalam BN dan PN perlulah sensitif akan situasi dan perubahan politik semasa, lebih-lebih lagi politik orang Melayu.

“Parti-parti Melayu semakin banyak dan semakin kompetitif antara satu sama lain dengan jumlah kerusi Melayu yang terhad. Apa logiknya lagi parti komponen lain seperti MIC, MCA, Gerakan dan sebagainya merebutnya lagi? Parti-parti Melayu sedang ‘bergaduh’ sesama sendiri untuk bahagi kerusi, tiba-tiba kamu datang ‘klaim’ kerusi tersebut. Tidakkah itu kurang ajar dan tidak beradab?”, katanya.

Sebelum ini, Presiden MIC berkata mereka mahu menuntut mana-mana “kerusi yang boleh dimenangi” daripada UMNO untuk memastikan mereka ada wakil dalam parlimen atau dewan undangan negeri. Dari situ kita dapat fahami bahawa mereka tidak yakin dapat menang jika bertanding di kawasan bukan majoriti Melayu.

Melayukini, 21/2/2021

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s