Parti PUTRA bakal umum calon MB Perak untuk PRU-15?

IPOH, 21 FEBRUARI 2021 – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) Perak dalam suatu kenyataan menyatakan mereka sudahpun bersedia dengan calon menteri besar sekiranya parti itu berjaya menguasai majoriti Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya akan datang.

Ikuti channel telegram kami untuk lebih banyak berita menarikhttps://t.me/beritamelayukini

Menurut Pengerusi Penyelaras Putra Perak, Datuk Hamidah Osman, calon Menteri Besar Perak yang bakal diumumkan itu nanti merupakan seorang anak negeri Perak yang terkemuka.

“Apa yang pasti, calon Menteri Besar Perak itu bukan saya kerana tokoh yang kita akan ketengahkan ini seorang lelaki. Kita yakin calon ini akan diterima oleh rakyat di Perak kerana sangat berwibawa.

“Kita nampak dengan jelas bahawa pilihan raya akan datang menyaksikan pertembungan lebih dua penjuru melihat kepada UMNO dan Bersatu tidak lagi bersefahaman. Jadi Putra akan menjadi blok ketiga sebagai pilihan kepada rakyat untuk memilih,” kata Datuk Hamidah.

PUTRA negeri Perak menyasarkan untuk bertanding di 40 ketusi DUN Perak dan optimis untuk memenangi majoriti kerusi DUN Perak bagi membolehkan mereka menjadi kerajaan negeri Perak selepas PRU-15 nanti.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: