Categories
Negara Undang-Undang

Cabar keperlembagaan undang-undang syariah: Mahkamah Persekutuan putuskan Khamis ini

PUTRAJAYA, 22 Feb — Mahkamah Persekutuan akan menyampaikan penghakimannya dalam usul seorang lelaki berumur 35 tahun mencabar keperlembagaan peruntukan undang-undang Syariah Selangor yang mendakwanya atas tuduhan cuba melakukan seks luar tabii, pada hari Khamis ini.

Peguam A. Surendra Ananth dalam pesanan yang dihantar menerusi aplikasi whatsapp kepada media berkata keputusan panel sembilan hakim itu akan disampaikan menerusi persidangan video menggunakan aplikasi Zoom.

Pada 14 Dis lepas, panel yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat menangguhkan keputusan mahkamah terhadap usul yang dibawa oleh lelaki itu bagi mencabar Seksyen 28 Enakmen Kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah (Selangor) 1995, yakni peruntukan yang digunakan untuk mendakwanya terhadap pertuduhan cubaan melakukan seks luar tabii.

Hakim-hakim lain yang juga mendengar usul itu ialah Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Rohana Yusuf, Hakim Besar Malaya, Tan Sri Azahar Mohamed dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abang Iskandar Abang Hashim, dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan yang terdiri daripada Datuk Seri Mohd Zawawi Salleh, Datuk P. Nallini, Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Zabariah Mohd Yusof, Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim.

Pada 25 Mei lepas, Mahkamah Persekutuan membenarkan penangguhan kepada lelaki itu bagi memulakan prosiding menerusi petisyennya terhadap kerajaan Selangor dan deklarasi bahawa Seksyen 28 Enakmen 28 Kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah (Selangor) 1995, tidak sah.

Pada 21 Ogos 2019, ketua pendakwa syarie menerusi pendakwa syariah memutuskan untuk mengemukakan pertuduhan di bawah Seksyen 28 Enakmen berkenaan terhadap lelaki itu di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor.

Lelaki itu didakwa dengan pertuduhan cuba melakukan seks di luar tabii dengan seorang lelaki lain di sebuah rumah di Selangor pada 9 Nov 2018.

Beliau mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu dan perbicaraannya di Mahkamah Tinggi Syariah ditangguhkan sementara menanti keputusan hasil usulnya.

Pada 14 Dis lepas mahkamah mendengar hujah daripada peguam lelaki itu, Datuk Malik Imtiaz Sarwar yang berhujah bahawa badan perundangan Selangor tidak mempunyai kuasa untuk menggubal peruntukan itu kerana perkara dalam peruntukan berkenaan, yakni seks luar tabii, adalah yang terletak dalam Senarai Persekutuan, dalam Perlembagaan Persekutuan.

Beliaui berhujah bahawa hanya Parlimen mempunyai kuasa eksklusif untuk menggubal undang-undang yang menjadikan seks luar tabii sebagai jenayah, kerana ia berkaitan dengan sistem kehakiman.

Penasihat Undang-undang Selangor Datuk Salim Soib @ Hamid yang mewakili kerajaan Selangopr pula berhujah bahawa undang-undang negeri berhubung seks luar tabii adalah sah kerana perlakuan itu bertentangan dengan persepsi agama Islam.

Peguam Halimatunsa’diah Abu Ahmad bagi pihak responden kedua Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyokong hujah peguam negeri itu.

— BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s