Categories
Negara Politik

Duri dalam daging membarah laju, bila kerajaan PN mahu bertindak?

Apabila sejuta umat Melayu-Islam berarak dalam himpunan “BANTAH ICERD” pada tahun 2018 di Dataran Merdeka semasa pemerintahan Pakatan Harapan (PH), ada media yang bukan sekadar sympathiser tetapi benar-benar pro-kerajaan PH mengkritik perarakan tersebut dan menggembar-gemburkan perhimpunan itu sebagai himpunan rasis.Alasan itu ternyata meleset sebab tidak 100% yang turun itu hanya orang Melayu-Islam, tetapi ada juga kaum pribumi dari Sabah dan Sarawak yang turut serta, termasuk golongan mualaf serta bangsa lain yang bilangannya ditenggelami oleh majoriti orang Melayu. Lagi pula ICERD adalah tentang kedaulatan negara, bukannya isu agama atau pun isu remeh mahu mempertahankan kredibiliti seorang individu.

Peliknya, kenapa tidak dikatakan rasis apabila ada perhimpunan ramai Non-Government Organisation (NGO) berbangsa India mempertahankan penjenayah yang ditembak PDRM ketika menjalankan tugasan operasi rasmi. Dalam insiden lain pula kenapa media mereka juga tidak berlaku adil apabila penyokong PH/DAP menyebelahi wanita mabuk yang melanggar mati 8 anak-anak orang Melayu di Johor?

Inilah bukti bagaimana media yang menyebelahi pihak kaum bukan Melayu-Islam ini begitu biadap dan prejudis terhadap orang Melayu-Islam. Hanya kerana ada sedikit kuasa politik mereka sudah berani biadap kerana berasa yakin ada pihak yang akan melindungi mereka. Lebih menarik lagi apabila ada suara-suara sumbang dari golongan kiasu-cauvinis itu disambut dan ditatang pula oleh Melayu Liberal yang juga penyokong kuat PH.

Demikianlah kajian Dr. Kamarul Yusoff dari UUM, jelas membuktikan DAP adalah penyokong tegar portal Malaysiakini sejak dulu hingga kini, malahan sehinggakan keputusan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini dipersoalkan oleh pemimpin-pemimpin mereka seperti Lim Guan Eng, Charles Santiago dan Gobind Deo. Tindakan mempersoalkan keputusan mahkamah itu boleh dianggap sebagai satu penghinaan yang jelas kepada institusi mahkamah.

Mungkinkah mereka berasakan dengan sokongan dan kekuatan kewangan serta back-up antarabangsa kini sudah tiada apa yang perlu ditakuti lagi? Dengan pengalaman dan kebiasaannya proses saman atau tangkap, semuanya akan mereka hadapi dan lawan di mahkamah yang tentu sekali mengambil masa bertahun-tahun lama proses pembicaraannya.

Oleh itu, pihak berkenaan yang terlibat harus faham jika keadaan ini dibiarkan, pastinya tindakan golongan biadab ini tidak akan terhenti setakat di situ. Sebarang keputusan mahkamah manapun, selagi ia tidak senada dengan kemahuan dan kehendak PH, mereka akan terus mempersoalkannya.

Bukankah itu menunjukkan satu penghinaan kepada mahkamah? Mengapa pihak berwajib masih mahu menunggu dan untuk apa? Apakah jika dalam keadaan terdesak dan perlu tindakan segera, masih perlu juga kena tunggu laporan dari PDRM? Dan apakah AGC juga hanya boleh bertindak setelah pihak PDRM terlebih dulu membuat tangkapan? Dengan apa yang sedang berlaku ini, kita tertanya-tanya apakah pihak agensi-agensi kerajaan tidak membaca laporan media dan mengikut perkembangan semasa?

Lebih mendukacitakan apabila SKMM senyap, langsung tidak berbunyi – apakah ini kerana bekas Menteri PH itu yang cukup terkenal sikap liberalnya menganggap semua ini hal remeh yang tidak akan mengganggu-gugat kedudukan kerusinya apabila PRU15 nanti, atau memang perangai kebanyakan politikus ini seperti bermusim yang hanya akan berkokok apabila tiba masanya?

Kelemahan pada sistem pentadbiran negara kita sebenarnya diambil kesempatan oleh puak rasis Kiasu-Cauvinis, dan juga golongan Melayu Liberal dan PH/DAP untuk bebas menghina agama Islam, bangsa Melayu dan mempersoalkan pelbagai pengurusan kerajaan, lebih-lebih lagi dalam keadaan beribu penyokong dan sympathisers PH sudah lama kekal berkuasa dalam pentadbiran kerajaan kerana tidak digantikan setelah kerajaan PH tumbang sehingga kini dan sudah membarah sehingga ke peringkat membahayakan kerajaan PN sedia ada.

Tidak menghairankan kerana YB Menteri, Timbalan dan Exco Negeri sedia ada pun adalah bekas penyokong PH yang memang berkawan rapat dengan PH. Mereka tidak peduli dengan Ikrar Penjawat Awam atau apa peraturan dan pekeliling semasa kerajaan sekalipun kerana mereka lebih setia dan patuh kepada arahan parti atau NGO mereka.

Inilah duri dalam daging yang sedang membarah dengan laju dalam pentadbiran negara. Mereka umpama pengintip rahsia yang setiap hari menyumbang maklumat kepada pembangkang, meracun pemikiran dan memberi nasihat yang salah kepada pemimpin negara dari dalam secara halus lalu memberi manfaat kepada PH/DAP. Patutlah pentadbiran negara haru-biru jadinya. Apakah kerajaan PN masih mahu tunggu lepas PRU15 baru hendak bertindak, atau nanti bakal tersungkur menjelang PRU15?

Ditulis oleh Haji Rashidi bin Haris yang merupakan Ketua Media Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s