Categories
Negara Politik

“Melayu nak selamat ke tidak” – Prof Ridhuan Tee

PENGANALISIS politik, Wong Chin Huat terang-terang berkata, PRU15, orang Cina takkan undi BN walaupun kecewa dengan PH. Dalam kata lain, Cina akan tetap undi PH.

Ini bukan analisis, sebab semua orang sudah tahu kecenderungan kelicikan politik ultra kiasu Cina.

Sejak bila pula Cina undi BN, selepas tsunami politik PRU12, 2008? Malah, Cina MCA dan Gerakan pakat-pakat undi PH.

Jika tidak, masakan MCA mendakwa, partinya ada lebih sejuta ahli, tidak ada satu pun kerusi kawasan majoriti Cina yang dimenangi? Betul ke MCA ada lebih sejuta ahli?

Parlimen Ayer Hitam itu majoriti Melayu. Wee Ka Siong jangan perasan pulak. Duduknya kamu kerusi menteri adalah ihsan orang Melayu. Jaga mereka. Jangan asyik perjuangkan sekolah vernakular.

MCA kononnya ramai ahlinya, bukan kerana perjuangan sangat. Ramai masuk MCA hanya kerana kepentingan perniagaan. Mereka akan bertukar kulit apabila kepentingan itu sudah tidak ada lagi.

PAS, UMNO, PPBM (BN, MN dan PN) jangan terlalu berharap atau kemaruk dengan undi Cina, termasuk bangsa lain. Apa yang penting sekarang adalah memastikan semua parti politik Melayu ini bersatu. Tidak mustahil boleh dapat dua pertiga.

Bukan mengetepikan bukan Melayu, tetapi strategi perlu ada

Percayalah, PRU15, ahli-ahli MCA dan Cina Gerakan pun akan undi PH.

MCA dan MIC (BN) serta Gerakan (PN), hanya mengharapkan undi ihsan Melayu.

MIC awal-awal lagi sudah bercakap mahukan kawasan selamat daripada UMNO untuk menang. Alasannya, mesti menang, untuk pastikan wakil India ada dalam Kabinet.

Alasan sama MCA dan Gerakan akan guna. Lebih berani lagi apabila MCA dan Gerakan turut mahukan kerusi di kawasan Melayu terbesar, Kelantan dan Terengganu.

Atas alasan apa kerusi itu mahu diberikan dalam keadaan Melayu berpecah tenat hari ini?

Tak tahulah pulak jika PAS mahu beri laluan kepada MCA dan Gerakan di Kelantan dan Terengganu. Maklum sahajalah, parti Gerakan sudah pakat-pakat ‘berdoa’ akan kesihatan Presiden PAS.

Bukan main lagi Gerakan berlakon marah kepada ultra kiasu yang mengutuk Presiden PAS ketika berada di IJN. Sejak bila Gerakan sangat lembut dengan PAS? Sebelum ini, apa agenda Islam dibawa tidak ditentang Gerakan?

Hebat lakonan pemimpin Gerakan ini dalam memahami psikik orang Melayu. Saya cuma takut, pemimpin Melayu cair dengan memberikan kerusi kawasan majoriti Melayu, bagi memastikannya menang, seterusnya menduduki kerusi menteri.

Rugi juga saya keluar MCA dahulu, boleh bertanding kawasan majoriti Melayu, menang boleh jadi menteri.

Kena ingat, bukan semudah itu untuk Cina Muslim.

Almarhum Tun Omar Ong Yoke Lin mula disisihkan MCA apabila almarhum memeluk Islam.

Nasihat saya kepada pemimpin parti Melayu, UMNO dan PAS, jangan terlalu melayan mereka. Biar mereka berentap di kawasan ultra kiasu. Kita tengok siapa undi siapa.

Jika kalah esok, baru cerita.

MCA, MIC dan Gerakan, jika kalah pun tidak rugi apa-apa. Tetap ada kerusi menteri. Mereka akan dilantik senator untuk menduduki kerusi menteri dan timbalan.

Tidak ada masalah kepada mereka walaupun sedikit

Masalahnya adalah parti-parti politik Melayu ini.

Amat malang sekali jika calon-calon ultra kiasu ini diberi laluan bertanding di kawasan majoriti Melayu sama ada atas tiket BN atau PN. Bukan perkauman tetapi strategi.

Saya hairan kenapa tidak ketengahkan kelab penyokong bukan Islam PAS dan Parti Cina Malaysia (PCM) untuk menggantikan MCA dan Gerakan. Dua parti ini lebih mesra Islam dan Melayu.

Kenapa masih membela musuh dalam selimut?

Buktinya, pemimpin MCA bukan main lantang mengkritik keputusan mahkamah terhadap Malaysia dot.com.

Apakah kita sudah lupa, berapa banyak kes saman terhadap Utusan Malaysia yang dimenangi ultra kiasu. Seorang pun ultra kiasu tidak bersuara. Malah, bukan main mereka memuji mahkamah apabila keputusan menyebelahi ultra kiasu?.

Hari ini, keputusan mahkamah terhadap Malaysiakini mendapat liputan meluas dunia. Kononnya, tidak ada lagi kebebasan bersuara di Malaysia.

Peliknya, pemimpin-pemimpin UMNO pun terikut-ikut. Macamlah tidak kenal Malaysiakini.dot.com. Apakah media sosial ini telus dalam melaporkan berita?

Siapa tidak kenal Malaysiakini.dotcom? Laman sosial ultra kiasu ini sudah terkenal dengan bias mereka dalam melaporkan berita.

Misalnya, berita yang dilaporkan mengenai, 90 Ahli Parlimen Asean. Setelah carian dibuat, jumlah 90 Ahli Parlimen yang disebutkan dalam laporan berkenaan adalah salah kerana 25 daripada mereka yang menandatanganinya bukanlah Ahli Parlimen tetapi, bekas Ahli Parlimen.

Selain itu, lapan daripada nama yang disenaraikan adalah Ahli Parlimen Timor Leste yang tidak termasuk dalam negara ASEAN. Pergi tanya Dr Kamarulzaman.

Jelas sekali laman web ini menipu. Kenyataan ini juga tidak mewakili pendapat kerajaan negara berkenaan tetapi sekadar mewakili pendapat Ahli Parlimen pembangkang mereka

Hebatkan ala Yahudi menguasai media, hanya kerana mereka ada wang. Sekelip mata, langsai jumlah RM500 ribu yang dikenakan mahkamah.

Ultra kiasu selalu membanding kebebasan media dengan negara lain.

Jangan pergi jauh. Bandingkan Malaysia dengan Singapura, mana lebih bebas dari segi media. Malaysia jauh lebih bebas daripada Singapura.

Saya sendiri tidak dibenarkan masuk Singapura, gara-gara artikel saya berkaitan ultra kiasu.

Ingat! dahulunya jika bercakap tentang serangan pemikiran dan budaya, yang tergambar adalah dari luar. Dari barat, Hollywood, K-pop dan lain-lain.

Kini, di negara kita, jarang orang Melayu tersedar bagaimana mereka dijajah pemikiran dan budaya oleh kaum minoriti.

Mudah, perhatikan rancangan televisyen yang disebut free view, berapa banyak siaran diperuntukan untuk kaum minoriti ultra kiasu itu. Bagaimana mereka dapat siaran tayangan waktu puncak.

Kemudian siaran TV yang dikatakan Melayu pula, betapa banyak siaran mereka. Iklan-iklan pulak kadangnya tak rasa macam negara Melayu, pelakon iklan dan sehingga syarat iklan pun Melayu terpaksa ikut kehendak mereka.

Amat meloyakan apabila tiba Tahun Baharu Cina, semua Melayu jadi lebih Cina dari Cina.

Malang sekali, bila tiba hari raya puasa, tidak nampak pula hak Cina jadi Melayu. Kenapa melayu begitu terhegeh-hegeh. Jadi bahan ketawa.

Ia terus dinormalisasikan dalam benak anak anak kita. Akhirnya anak-anak kota akan terima budaya minoriti ini. Termasuk budaya persundalan yang digulakan namanya dengan Sugarbook. Itu pun tak pasti bila boleh tangkap dan dipenjara. Mungkin kebal ala-ala Jho low juga.

Apa beza zionis di Amerika dengan ultra kiasu ini?

Jika Zionis menguasai kewangan dan media. Bagaimana dengan ultra kiasu? Samakan.

Malang sekali, kita pakat membiarkan mereka sehingga mereka berkuasa seperti Yahudi.

Ingat kata-kata Abraham Lincoln tentang bahaya Yahudi, bahawa Yahudi bakal menjadikan anak cucu generasi seterusnya sebagai hamba abdi. Apakah para pemimpin kita dilihat bergantung ultra kiasu, dek mengemis undi dan lobi sehingga tergadai maruah anak bangsa?

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Pensyarah dan Penganalisis Politik

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s