Diubah zaman PH, kerajaan digesa ubah semula buku Sejarah tingkatan 4

BANGI, 22 FEBRUARI 2021 – Wakil Gabungan NGO-NGO Melayu membuat laporan polis berhubung fakta di dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 yang didakwa telah diselewengkan.

Laporan polis dibuat wakil Yayasan Kasih Tauhid – salah satu daripada gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) – Puan Seri Fatini Yaacob awal pagi tadi di Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam.

Menurut wakil gabungan NGO-NGO tersebut, laporan polis itu dibuat supaya pihak polis dapat menjalankan siasatan terperinci terhadap penerbitan buku ini dan mengharamkannya daripada menjadi buku teks para pelajar.

Dakwanya, buku teks sejarah tingkatan 4 KSSM mengandungi unsur-unsur fakta yang telah dimanipulasikan dan memasukkan elemen Malaysian Malaysia dalam isi kandungannya.

Antara perkara yang dibangkitkan dalam laporan tersebut ialah usaha mengagungkan pihak komunis dan mengiktiraf mereka sebagai pejuang kemerdekaan, dakwanya seperti dilapor Samudera.my.

Selain daripada memasukkan elemen komunis sebagai pejuang kemerdekaan, buku teks Sejarah tingkatan 4 itu juga mengangkat tokoh gerakan kiri nasionalis Melayu radikal dan mengiktiraf sumbangan mereka dalam perjuangan kemerdekaan.

“Penerangan mengenai gerakan nasionalis radikal terlalu terperinci. Tajuk-tajuk berkaitan seperti Gerakan Nasionalis Radikal Melayu, Gabungan Putera-AMCJA, Sumbangan Nasionalis Radikal, Cadangan Putera AMCJA dan Perlembagaan Rakyat.

“Paling menonjol ada keratan akhbar HARTA yang berjudul Kemuncak Perjuangan Putera AMCJA yang dilihat tiada apa-apa signifikan kecuali untuk menerapkan ideologi,” katanya.

Kredit: Portal Islam dan Melayu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: