Perhimpunan Agung UMNO berlangsung 27 dan 28 Mac 2021

KUALA LUMPUR, 23 Feb — Perhimpunan Agung UMNO dijadualkan berlangsung pada 27 dan 28 Mac depan, menurut Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan.

Ahmad dalam kenyataan hari ini memaklumkan, keputusan itu dibuat Majlis Kerja Tertinggi parti dan ia bakal berlangsung secara kombinasi perhimpunan secara bersemuka dan secara maya.

“Segala prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akan dipatuhi,” katanya menerusi kenyataan itu.

Sebelum ini, Ahmad telah mengumumkan penangguhan perhimpunan itu yang dijadualkan berlangsung pada 30 dan 31 Jan, selaras dengan proklamasi darurat dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan.

Sementara itu, Ahmad berkata sempena sambutan Jubli Intan 75 Tahun Kelahiran UMNO pada 11 Mei, parti itu turut menganjurkan pelbagai aktiviti termasuk sayembara (pertandingan) penulisan puisi, video pendek dan mencipta logo.

Maklumat lanjut mengenai sayembara tersebut boleh diakses menerusi www.umno-online.my.  

— BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: