Pembahagian kerusi: Belum selesai, bukan jalan buntu – Pas

KUALA TERENGGANU — PAS hari ini menolak dakwaan pembahagian kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) antara parti di bawah gabungan Muafakat Nasional (MN) di Terengganu, menemui jalan buntu.

Naib Presiden PAS Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, sebaliknya isu pembahagian kerusi itu masih lagi di peringkat perbicangan, dan terlalu awal untuk mana-mana pihak menyatakan ia menemui jalan buntu.

“Pada saya tidak buntu cuma tidak selesai lagi, bukan penamat lagi. Baru dua kali bertemu (berbincang), jadi dua kali bertemu untuk kata sudah jalan buntu itu saya rasa terlalu awal. Panjang lagi perjalanan, InsyaAllah kita optimis kena berjaya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman baru-baru ini yang dilaporkan berkata, perbincangan antara UMNO dan PAS di Terengganu mungkin sudah menemui jalan buntu, setelah PAS menolak cadangan UMNO mengenai pengagihan kerusi.

Namun, Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu berkata ia merupakan pandangan peribadi Tajuddin dan beliau menyeru kepimpinan utama parti tidak berputus asa dan sentiasa mencari jalan penyelesaian.

— BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: