Sedarlah wahai Bani Melayu-Islam!

Buku Tommy Thomas yang diterbitkan baru-baru ini, sebenarnya bukanlah hasil pemikiran beliau seorang sahaja dan ini terbukti kerana pada bahagian belakangnya, tertera sederet nama tokoh-tokoh politik dari DAP dan PH seperti acknowledgment di awal buku serta dari pengakuan penulis sendiri.Tommy juga pernah menulis “Abuse of Power” masa tahun 2016 dan diterbitkan oleh syarikat penerbitan yang sama dengan isi kandungannya menghentam pentadbiran negara secara terbuka tetapi dalam masa yang sama berselindung atas nama penulisan ilmiah. Kaedah yang sama biasa digunakan oleh mereka yang menyebar propaganda melalui cerita separa benar dan fakta yang dimanipulasi bagi menimbulkan persepsi negatif kononnya atas nama kebebasan menulis.

Tommy sedia sedar bahawa antara kelemahan orang Melayu adalah bangsa kita ramai sangat kurang membaca, apatah lagi yang dalam bahasa Inggeris. Tambahan pula, sekarang ini zaman kelekaan anak-anak muda Melayu bermain Tik Tok, selain daripada ramai yang terjebak dengan K-Wave. Maaf ya, Lebai terpaksa bercakap benar fakta ini.

Berpunca dari itu, musuh yang sememangnya sentiasa memerhati dan mencari-cari peluang, tentunya amat peka dengan keadaan semasa dan suasana lalu mengubah strategik dengan tidak lagi menyebar dakyah propaganda dalam bahasa Melayu tetapi melalui bahasa Inggeris dengan menerbitkan buku-buku yang kelihatan seperti “perbahasan ilmiah” yang kononnya mengupas dan membahaskan demi kebaikan negara, tetapi tanpa disedari secara tidak langsung mendedahkan kelemahan yang sekarang ini terhadap kerajaan PN.

Melalui ruang yang ada ini musuh memanfaatkan sepenuhnya dengan menghambarkan kata-kata sinis dalam diam memburuk-burukkan dengan memberi pelbagai persepsi bagi tujuan mahu menjatuhkan kerajaan semata-mata. Kelebihan apabila ditulis dalam bahasa Inggeris ini pula, ia dapat menembusi kepada pihak kuasa luar, yang mungkin selama ini membiayai mereka sejak sekian lama kerana mahu menjatuhkan kerajaan BN dahulu menerusi pelbagai agensi gergasi dunia tajaan kuasa besar.

Ini adalah “rahsia yang bukan rahsia” lagi kerana pihak NED antaranya sudah mendedahkannya sendiri sebaik sahaja Pakatan Harapan (PH) berjaya membentuk kerajaan pada 8 Mei 2018, tiga tahun yang lalu.

Rujuk pautan: https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2018/08/06/republican-linked-us-think-tank-tells-of-long-ties-with-opposition-to-bring-down-bn/Apakah anda masih meragui? Mari kita layar lebih dalam lagi, iaitu apabila isu terbaru Mahkamah Persekutuan memutuskan portal Malaysiakini bersalah atas sebab-sebab menghina mahkamah, dan dikenakan denda sebanyak RM500,000.00, bukankah Kedutaan Amerika Syarikat antara yang paling awal respon, siap denagn membuat statement mengutuk sistem keadilan Mahkamah dan kerajaan Malaysia?

Malaysian tidak ambil peduli pun, kerana Senat yang mempertahan Donald Trump atas kesalahan nyata beliau melakukan insurrection dan menyebabkan serangan mob ke atas Capitol Hill. Hari ini satu dunia sudah tahu demokrasi US kini sudah jatuh ranap. Anehnya, Malaysia masih belum membuat sebarang kenyataan, walau sedikitpun membidas incident huru hara yang telah berlaku di Amerika Syarikat. Dan keadaan sedemikian di Malaysia, kita masih belum lagi sampai ke tahap begitu dan kita doakan agar ia tidak akan berlaku.

Negara Amerika Syarikat atau USA mendapat independence pada tahun 1776 tetapi warga kulit hitam hanya diberi voting rights pada tahun 1965 menerusi deklarasi Voting Rights Act 1965. Berbeza dengan sosio-politik di Malaysia ia tidak begitu, dan seluruh kaum di Tanah Melayu termasuk bukan Melayu, dibenarkan mengundi dalam Pilihanraya Pertama tahun 1955, iaitu dua tahun sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. Jelasnya di sini, betapa menunjukkan negara Malaysia lebih demokratik daripada USA yang hanya beri rakyat kulit hitamnya hak mengundi lewat 189 tahun lamanya !

Oleh sebab itu, modus operandi (MO) Charles Santiago konon sebagai Pengerusi Ahli Parlimen ASEAN lantikan zaman kerajaan PH mengumpul 90 nama Ahli Parimen termasuk bekas Ahli Parlimen, adalah wayang semata-mata dan tak laku kerana ia adalah plot murahan dan pelakonnya pula ramai yang sudah expired!

MO yang sama menggunakan kuasa luar dan nama-nama besar pihak luar dan ini mengingatkan kita kepada figur pelupor pluralisme; Anwar Ibrahim – yang asyik-asyik kutip nama Prof. Dr. Yusuf Qaradawi atau Prof. dari situ dan sini, merata diratibkan untuk justify tindakannya konon mendapat mandat dan sokongan dari mereka kalangan orang akedemik.

Perikatan Nasional atau PN bukan sahaja hadapi ancaman dalam negara di kalangan parti pembangkang, tetapi kuasa besar luar yang tak henti-henti hendak lakukan “Malaysian Spring” – agenda yang berjaya dalam PRU14 tetapi tergendala dengan peletakan jawatan Tun M dan ramai tidak sedar masa itu, negara diselamatkan oleh YDP Agong selaku Ketua Negara yang diperakukan Perlembagaan Persekutuan melalui memartabatkan elemen Melayu-Islam-Raja dan kerangka Raja Berperlembagaan.

Semua ini dilakukan dengan SATU tujuan dan satu matlamat sahaja iaitu mereka mahu merebut kuasa politik semula dengan majoriti dua pertiga dan mahu merombak perlembagaan yang sedia ada lalu menamatkan kuasa Agong, Majlis Raja-Raja, elemen Islam dan keistimewaan Melayu dan pribumi.

Sedarlah wahai Bani Melayu-Islam. Anda sudah lama ditolak perlahan-lahan oleh bangsa Malaysia musang berbulu ayam tidak berjiwa Malaysia pun, yang hanya menanti waktu menamatkan kedaulatan Melayu-Islam! Mengapa masih mahu mengendong biawak hidup sedangkan masa PRU14 terang-terangan 95% kumpulan biawak ini memamah sebahagian daripada anggota badan kita?

Ditulis oleh Hj Rashidi Haris yang merupakan ahli Jawatankuasa Pimpinan Pusat Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: