Menjunjung titah Agong tanpa kesangsian

Berkaitan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang terkini mengenai Dewan Rakyat tidak di gantung, saya membacanya dari perspektif yang berbeza; “bukan YDPA titah arah Parlimen dibuka untuk persidangan/perbahasan” tetapi lebih kepada “untuk perjelaskan kepada rakyat jelata terutama politicians bahawa Majlis Raja-Raja (MRR) @ Institusi Yang di-Pertuan Agong (YDPA) jangan dipersalahkan menghalang persidangan parlimen semasa darurat.”

Surat dari istana itu juga menunjukkan akan kepekaan YDPA dalam memahami kandungan peruntukan Perlembagaan sedia ada berkaitan darurat dan kemelut politik dalam negara yang sedang berlaku serta kesedaran baginda akan kemelesetan ekonomi negara dan kesengsaraan yang sedang dilalui oleh rakyat saat pendamik Covid19 ini.

Perkara ini dipertegaskan lagi apabila YDPA menitahkan kepada kedua-dua Speaker hadir untuk dititahkan pandangan Tuanku berkaitan isu persidangan parlimen semasa darurat yang rata-rata dilihat mengkritik Institusi MRR khususnya Institusi YDPA kononnya; “melindungi kerajaan PN yang diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) selaku Perdana Menteri (PM) lantas dilihat menyanggahi peruntukan perlembagaan”.

Isyarat yang jelas juga Baginda Tuanku Agong tunjukkan bahawa persidangan parlimen boleh dilakukan “pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh baginda atas nasihat PM”. Dalam masa yang sama Tuanku memberi teguran terhadap tatakelakuan YB Ahli Parlimen supaya “sentiasa bersifat mulia dan dipandang penuh berhemah tinggi”.

Baginda Tuanku Agong juga menzahirkan penghargaan kepada usaha kerajaan melaksanakan Program Imunisasi Covid19 Kebangsaan “yang dijangka akan mengambil masa beberapa bulan”. Akhirnya Baginda Tuanku Agong mengucapkan penghargaan kepada wira dan wirawati yang bertungkus-lumus bekerja memerangi wabak berkenaan tanpa mengira masa dan tanpa mengira penat lelah.

Titah Baginda Tuanku Agong mesti dibaca dalam konteks yang menyeluruh, bukan hanya kepada aspek “mengizinkan parlimen bersidang semasa darurat atas nasihat PM” sebagaimana diharapkan sangat oleh pihak yang ingin berbahas di parlimen.

Dan ini diikuti dengan nasihat supaya YB-YB perlihatkan etika dan tatakelakuan yang mulia dan terhormat semasa berbahas di parlimen yang selama ini jelas menunjukkan contoh yang buruk dan menjelekkan kepada rakyat dalam “Dewan yang mulia” yang sering diungkapkan oleh YB-YB.

Ada yang cukup matang dalam Titah Baginda berkenaan dan perlihatkan kesiap-siagaan Tuanku selaku Ketua Negara memberi teguran dan pandangan langsung kepada rakyat termasuk pemimpin kerajaan dan ahli politik agar melihat semua aspek secara inklusif dalam memberi komen berkaitan perjalanan waktu darurat.

Begitu pula darurat itu telah pun diisytiharkan oleh Baginda Tuanku Agong yang pada asalnya atas permintaan PM ditolak oleh MRR dan YDP Agong terutamanya dalam isu membenarkan sidang parlimen berjalan sehinggakan ada seolah-olah wujud “paksaan” dari sumber luar yang didorongi Ahli Parlimen tempatan kononnya “Istana melindungi kerajaan” ataupun “Malaysia sudah hilang nilai demokratiknya” apabila parlimen “sengaja dihentikan daripada berfungsi semasa darurat”. Tohmahan liar ini amat mendukacitakan kita.

10. Kita yakin rakyat hari ini semakin matang dan boleh membaca sepak terajang politikus oportunis. Paling ‘win’ ialah sifat tenang dan benar-benar proaktif Tuanku Agong selaku head of the constitution berjaya memainkan peranan selaku Raja Berperlembagaan, bermula dengan melantik PM dan kerajaan baru selepas peletakan jawatan Tun M selaku PM ke-6 dan seluruh kabinet menterinya yang gagal memimpin negara setelah diberi mandat dan kepercayaan oleh rakyat sendiri menerusi peti undi PRU-14.

Daulat Tuanku dan kami rakyat jelata bersyukur perlembagaan persekutuan yang perkenankan pada 31 Ogos 1957 oleh semua Raja-Raja Melayu telah berjaya mengatur dan menyelamatkan Malaysia daripada dirosakkan oleh kalangan yang beriya-iya sungguh untuk meruntuhkan peruntukan perlembagaan sedia ada menerusi pelbagai saluran politik dengan 1001 helah dan wadah.

Penulis, Haji Rashidi bin Haris merupakan ahli Jawatankuasa Pertubuhan MUAFAKAT.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: