Pelik! Puak songsang seronok keputusan Mahkamah Persekutuan semalam

BANGI – Keputusan Mahkamah Persekutuan berkenaan bidang kuasa badan perundangan negeri bukanlah satu kemenangan untuk golongan seks songsang.

Namun begitu, apa yang peliknya adalah golongan tersebut meraikannya seolah-olah ia bagaikan suatu kejayaan besar.

Justeru, Ahli Jawatankuasa Pusat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ir Ts Lukman Al Hakim Mohamad mempersoalkan, apakah mereka ini tidak memahami sistem perundangan negara.

“Mereka meraikannya bersungguh-sungguh kerana mereka memang pendek akal. Tak faham undang-undang dunia.

“Dan yang lebih malang tak faham undang-undang akhirat!,” katanya sinis dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Mahkamah Persekutuan memutuskan badan perundangan negeri Selangor tidak mempunyai kuasa untuk meluluskan undang-undang Syariah yang menjadikan seks luar tabii satu kesalahan.

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mempengerusikan panel sembilan hakim berkata, kuasa utama untuk meluluskan undang-undang jenayah terletak pada Parlimen.

Beliau berkata, Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, yang memperuntukkan seks luar tabii boleh dihukum, adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Seksyen yang diluluskan itu juga bertentangan dengan Senarai Negeri di bawah Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, Seksyen 28 tidak konsisten dan tidak sah,” katanya.

Portal Islam dan Melayu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: