Categories
Uncategorized

MCA bakal lantik peguam bantu individu didakwa protes Jawi di mahkamah

BANGI – Parti MCA dilaporkan bakal melantik peguam bagi membantu lapan lelaki yang didakwa di mahkamah kerana pembabitan mereka dalam ‘bantahan kemasukan pembelajaran Jawi dalam kurikulum pendidikan Cina’.


Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon berkata, pihaknya sentiasa mengikuti perkembangan isu itu, selain beranggapan semua tertuduh hanya mengamalkan hak kebebasan bersuara mereka dalam keadaan yang aman seperti dibenarkan dalam Perlembagaan negara.


Katanya lagi, mereka menyuarakan permohonan dengan aman, tanpa menjejaskan keamanan awam.


“Oleh itu, MCA rasa bertanggungjawab melantik peguam untuk membantu mereka, selain membela mereka di mahkamah bagi melindungi dan mendapatkan semula hak mereka,” katanya seperti dilapor Oriental Daily, semalam.
Sebelum ini, lapan lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Jerantut kerana perhimpunan haram diadakan 18 bulan lepas bagi memprotes penggunaan Jawi dalam buku teks Bahasa Melayu di sekolah-sekolah vernakular.


Media melaporkan Goh Say Aik, Leong Ah Kow, Yong Loong Sang, Cheong Sai Kow , Chip Tong Sang, Chip Meng Sung, Wong Keng Yau dan Kong Teck Fook mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu.


Mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 11.30 pagi, 20 Ogos 2019 di depan SRJK Sungai Jan di Jerantut.


Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara tidak lebih enam bulan atau denda, atau kedua-dua sekali.

Portal Islam dan Melayu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s