Categories
Negara

Janganlah biadap terhadap mereka yang membela Imam mazhab mereka pula!

Saya ikuti hujah Dr. Khalif Muammar dalam Facebook (FB) beliau terhadap kenyataan seorang tokoh agama berkedudukan sebagai Mufti dari utara. Sepanjang penulisan beliau, Dr. Khalif tidak sekalipun menyebut nama Dr. Muhd Asri bin Zainal Abidin (Dr. Maza) langsung!

Saya juga mengikuti hujah balas Dr. Maza dalam FB beliau yang menyebut nama Dr. Khalif Muammar secara spesifik di mana Dr. Maza selitkan potongan ceramah beliau sendiri selanjutnya dengan alasan Dr. Khalif Muammar tidak jujur apabila dengan sengaja tidak mengambil keseluruhan ceramah video beliau.

Perhatikan setiap kata, body language dan cara huraian Dr. Maza memberikan contoh-contoh pandangan Imam Syafi’i berkenaan. Body language beliau seperti menyindir, memerli dan menunjukkan sikap kononnya betapa kolotnya pandangan Imam Syafi’i kerana sudah ketinggalan zaman dan bercanggah dengan hukum asal yang sebenar.

Dengan diperhatikan secara serius video tersebut, apakah masih tidak jelas lagi bahawa Dr. Maza mahu mengatakan bahawa pandangan Imam Syafi’i itu berupa pandangan seorang sahaja, dan berlainan daripada tiga Imam Mazhab yang lain?

Contoh-contoh yang digunakannya semua menunjukkan pandangan Imam Syafi’i yang berbeza dengan tiga Imam mazhab lain. Dan ini disengajakan, sebagai contoh untuk menunjukkan pandangan Imam Syafi’i “tidak majoriti” berbanding tiga pandangan Imam Mazhab yang lain.

Dr. Maza seperti biasa akan mempertahankan fatwa dari negeri Perlis yang terkeluar daripada pandangan Imam Syafi’i dengan cara beliau tunjukkan perbezaan pandangan Imam Syafi’i itu dengan pandangan-pandangan Imam mazhab yang lain seolah-olah:

(i) pandangan Imam Syafi’i “minoriti” berbanding Imam mazhab yang lain,
(ii) ditanya kepada hadirin “setuju tak” dengan pandangan – seorang bapa kata anak perempuannya telah dikahwinkannya dengan lelaki tanpa pengetahuan si anak perempuan, lalu hadirin jawab “tak setuju” dengan sambutan sorakkan daripada hadirin itu sebagai “bukti majoriti wanita bersetuju dengan hujahnya.”Dalam mempertahankan hujahnya berdepan hujah Dr. Khalif Muammar itu, terzahir dengan jelas Dr. Maza memperlihatkan “kurang senang” beliau terhadap mana-mana pihak yang masih mempertahankan pandangan fiqh Imam Syafi’i yang dianggapnya pandangan “minoriti” atau “lemah” atau “berlainan” daripada Imam mazhab lain.

Kenapa Dr. Maza mahu mengambil tindakan “RASMI” ke atas Dr. Khalif Muammar hanya kerana artikel umum Dr. Khalif tanpa menyebut nama Dr. Maza pun, beliau hanya mengulas pandangan fiqh Imam Syafi’i dengan memberikan pandangan akademiknya.

Dr. Maza kerap kali mengatakan “negeri lain nak buat yang lain, itu hak depa” tetapi fatwa rasmi Negeri Perlis seperti dalam buku yang dipegangnya. Malah dia kata orang di Perlis “nak amal Doa Qunut Subuh di rumah sampai 3 jam atau habis waktu pun boleh” sebab “bukan rasmi dan buat di rumah” dan “cara” beliau menyampaikan contoh itu dengan gaya intonasi hujah dan body language, amat jelas boleh difahami betapa Dr. Maza “tidak senang” dengan fiqh Imam Syafi’i, sekurang-kurangnya pada contoh-contoh yang beliau sendiri berikan.

Kenapalah sampai begitu “marah” atau “kurang setujunya” atau “rendah pandangannya” kepada pandangan fiqh Imam Syafi’i berbanding tiga Imam mazhab lain yang cuba Dr. Maza tonjolkan? Perbezaan mazhab dalam dunia sudah diterima oleh jumhur ulama dunia sekian lama. Bukankah semua itu jelas dihujahkan oleh Dr. Khalif Muammar dalam tulisannya itu tanpa menyebut nama Dr. Maza pun!?

Barangkali tajuk artikel umum Dr. Khalif Muammar yang menyebut perkataan “Jangan Biadab Terhadap Imam” yang menyebabkan Dr. Maza mungkin “tidak puas hati” atau “marah” dan ingin ambil tindakan “RASMI” (ditulisnya dalam huruf BESAR menunjukkan “penekanannya”) ke atas Dr. Khalif Muammar.

Kita berpandangan ini adalah wacana akademik, jawablah secara akademik – hujah atas hujah. Itu sahaja, atau Dr. Maza “marah” atau “tak puas hati” bila scroll komen-komen netizen pada isu berkenaan yang tidak memihak kepadanya? Tanya aje….

Penulis, Hj Rashidi Haris merupakan pimpinan pusat Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s