Categories
Politik

‘PH boleh menang PRU15’ – Lim Guan Eng

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) didakwa berpeluang mentadbir semula kerajaan jika gabungan parti itu memperoleh sokongan 15 peratus pengundi Melayu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa, ia berdasarkan satu dapatan kajian yang menyatakan situasi itu boleh berlaku sekiranya jumlah peratusan berkenaan ditambah dengan pengundi bukan Melayu.

Dakwanya, ia sekali gus memungkinkan PH memperoleh 35 peratus undi dan mentadbir semula negara.

“Kajian itu turut menunjukkan jika BN (Barisan Nasional) keluar Perikatan Nasional (PN), BN mampu mendapat 35 lebih peratus undi Melayu dan masing-masing 15 peratus buat PH dan PN,” katanya seperti dipetik Utusan Malaysia, hari ini.

Menurut Guan Eng, walaupun PH ada banyak perancangan ketika mentadbir negara setelah memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), tetapi PH tiada masa mencukupi untuk melaksanakannya.

Dakwanya, ini termasuk ada perancangan yang perlu dilaksanakan secara berperingkat.

Sebagai contoh, dakwanya lagi, janji kerajaan PH untuk mengurangkan tol sebanyak 20 peratus yang disusuli dengan penghapusannya, selain mula untuk mengurangkan harga petrol.

Pada masa sama, beliau berkeyakinan rakyat mula sedar sumbangan PH, justeru PH perlu menonjolkan prestasinya berbanding PN.

Portal Islam & Melayu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s