Categories
Politik

PKR tidak seharusnya terima penyertaan tiga ADUN Amanah atas semangat setiakawan – Aminolhuda

JOHOR BAHRU, 28 Feb  — Atas semangat setiakawan, PKR tidak seharusnya menerima tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Amanah untuk menyertai parti itu, kata Pengerusi Amanah Johor Aminolhuda Hassan.

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor berkata, ini kerana tindakan PKR menerima penyertaan ahli Amanah itu, akan menimbulkan pelbagai persepsi antara parti-parti komponen dalam PH.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai ADUN Senggarang Ir Khairuddin A Rahim, ADUN Serom Dr Faizul Amri Adnan dan ADUN Mahkota Muhamad Said Jonit, yang meninggalkan Amanah untuk menyertai PKR.

Aminolhuda yang juga ADUN Parit Yaani dan Ketua Pembangkang itu berkata, pihaknya tidak menerima sebarang makluman atau surat rasmi daripada tiga ADUN itu, berhubung perkara itu.

“Bagaimanapun, kita akan serahkan perkara ini kepada kepimpinan Amanah Nasional untuk mengambil tindakan selanjutnya,” katanya kepada Bernama ketika ditanya mengenai status keahlian ketiga-tiga ADUN berkenaan.

Meskipun keputusan itu dilihat ‘mengecewakan’ pihaknya, Aminolhuda menjelaskan ia tidak akan menjejaskan hubungan dalaman PH atau antara PKR dan Amanah.

Semalam, Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Abdul Samad mengesahkan, tiga ADUN berkenaan meninggalkan parti itu untuk menyertai PKR.

Dengan perkembangan terbaharu itu, Amanah mempunyai enam kerusi DUN, PKR (tujuh), DAP (14),  Barisan Nasional (16), Bersatu (12) dan PAS (satu).

— BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s