‘Ujian Implikasi’

Kaedah Penentuan Bidangkuasa Mahkamah Syariah Disarankan Oleh Pakar Jurisprudens Watan

Isu pembatalan Seksyen 28, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Selangor) 1995 menjadi hangat kerana pelbagai pendapat disuarakan oleh pengamal undang-undang. Perkara pokok yang dibahaskan ialah penentuan perkara yang terjumlah dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah.

Untuk menganalisis bagaimana kaedah penentuan boleh dibuat maka, pandangan pakar jurisprudens watan, Datuk Profesor Madya Dr. Wan Ahmad Fauzi Wan Husain yang juga Pengarah Institut Tamadun dan Kajian Strategik, Universiti Malaysia Pahang dimuatkan dalam rencana ini.

Menurut Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi, kaedah untuk menentukan butiran yang menyentuh undang-undang peribadi orang Islam dan perintah agama Islam sama ada berada di bawah Senarai Persekutuan atau Senarai Negeri ialah dengan menggunakan ujian implikasi atau “implication test”.

Tertakluk pada Perkara 77, Perlembagaan Persekutuan, jika sekiranya suatu kesalahan terhadap perintah agama Islam ingin digubal berimplikasi bidangkuasa dan hukuman terhadap orang Islam dan bukan Islam sebagai undang-undang awam maka itu terletak dalam Senarai Persekutuan. Sebaliknya tertakluk pada Senarai Persekutuan, jika implikasi bidangkuasa dan hukumannya hanya terhadap orang Islam serta belum ada peruntukan setara di bawah undang-undang Persekutuan maka itu terjumlah dalam Senarai Negeri.

Ujian ini selaras dengan bidangkuasa Mahkamah Syariah sebagai Mahkamah Orang Islam.

Namun begitu perlu ditegaskan bahawa bidangkuasa Persekutuan hanya butiran yang termaktub dalam Senarai I dan Senarai III, Jadual Ke-9. Baki perundangan iaitu jika suatu perkara tiada dalam bidangkuasa Persekutuan, maka kuasa tersebut masih kekal di bawah Dewan Perundangan Negeri menurut Perkara 77 Perlembagaan Persekutuan. Misalnya untuk mewujudkan Mahkamah yang mempunyai bidangkuasa membicarakan undang-undang peribadi orang Islam dan bukan Islam, tidak diperuntukkan dalam Senarai Persekutuan. Justeru, itu merupakan baki kuasa Dewan Perundangan Negeri.

Kedudukan perintah Islam berada di dalam Senarai Persekutuan dan Negeri juga adalah selaras dengan prinsip Islam sebagai agama bagi Persekutuan di bawah Perkara 3(1) dan jaminan Perkara 3(4) Perlembagaan Persekutuan terhadap bidangkuasa Negeri dalam agama Islam seperti mana termaktub dalam Senarai II.

Untuk mengelakkan kesamaran, kesalahan jenayah ialah istilah perlembagaan yang digunakan buat kesalahan bagi orang Islam dan orang bukan Islam. Justeru kesalahan jenayah Islam seperti curi, rompak, bunuh, rogol dan penipuan terjumlah dalam Senarai Persekutuan dan diistilahkan sebagai kesalahan jenayah kerana bidangkuasa dan implikasi hukumannya melibatkan orang Islam dan bukan Islam di samping bersifat undang-undang awam.

Meskipun zina, minum arak, judi dan qazaf tergolong dalam kesalahan jenayah Islam tetapi oleh kerana bidangkuasa dan implikasi hukuman hanya pada orang Islam, maka dari sisi istilah Perlembagaan, kesemuanya terjumlah sebagai kesalahan terhadap perintah agama di bawah Butiran I Senarai II.

Prinsip di atas menjelaskan asbab pelanggaran di bawah undang-undang peribadi orang Islam terhadap perintah agama Islam yang mempunyai bidangkuasa dan implikasi kepada hanya orang Islam disebut sebagai satu kesalahan atau dalam bahawa Inggerisnya, an offence. Inilah bidangkuasa Mahkamah Syariah seperti dinyatakan dalam Butiran I Senarai II, Jadual Ke-9.

Justeru, kesalahan zina bahkan minum arak dan qazaf tidak diletakkan dalam Senarai Persekutuan atau ditakrifkan sebagai jenayah kerana kesalahan-kesalahan itu tidak menjadi kesalahan bagi orang bukan Islam. Lantaran, perbuatan zina, minum arak dan qazaf ditafsirkan sebagai kesalahan-kesalahan di dalam Senarai Negeri kerana kesemuanya bersifat peribadi bagi orang Islam sahaja.

Tun Abdul Hamid Mohamad dalam kes Sulaiman Takrib telah menggariskan satu pemerhatian untuk membezakan satu kesalahan jenayah dengan kesalahan terhadap perintah agama Islam.

Dalam kes Ika Putra, YAA Ketua Hakim Negara menulis alasan penghakiman Mahkamah Persekutuan telah merumuskan:

“[86] For the avoidance of doubt, the State Legislatures throughout Malaysia have the power to enact offences against the precepts of Islam. As decided by this Court in Sulaiman Takrib (supra) and other related judgements, the definition of “precepts of Islam” is wide and is not merely limited to the five pillars of Islam. Thus the range of offences that may be enacted are wide. Having said that, the power to enact such range of offences is subject to a constitutional limit”.

YA Hakim Besar Malaya dalam kes yang sama mengulas seperti berikut:

“[32] ….In the main, there are three distinc categories of offences that shapes Syariah Criminal offences in Malaysia. These are;
(i) Offences relating to aqidah…
(ii) Offences relating to sanctity of religion and its institution…
(iii) Offences against morality. For example consuming intoxicating drinks, sexual intercourse out of wedlock (zina) and close (khalwat).

[33] As can been seen, these are offences in relation to Islamic religion practiced in this country that conform to the doctrine, tenets and practice of the religion of Islam. In short, I refer to these offences as religious offences. The list of offences enumerated at [32] is undoubtedly not exhaustive, and there may be other religious Offences that possibly be validly enacted by the State Legislatures that may energe from the facts and circumstances of each case. …Any attempt to regulate the right of persons professing the religion of Islam to a particular belief, tenets, precepts and practices by way of creation of offences can only be done by legislation passed by State Legislatures pursuant to Clause 2 of Article 74 of the FC. As stated by Mohamed Azmi SCJ in Mamat bin Daud (at p.125) “…to create an offence for making an imputation concerning such subject matter is well within the legislative competence of the State Legislatures and not that of Parliament”. When the true test is applied, the inevitable conclusion is that these religious offences have nothing to do with ‘criminal law’. I find it hard to think that the religious offence is a law with respect to ‘criminal law’ as envisaged by the Federal List. As Hashim Yeop Sani SCJ said in Mamat bin Daud (at p.27)…, these are religious offences under the Syariah Court’s jurisdiction and applicable only to persons professing the religion of Islam and ought to be passed not by the Federal Parliament but by the State Legislatures on the basis of the State List. Surely, in my opinion, a legislation pertaining to such prohibited acts or omissions amounts to a legislation upon Islamic religion, on which only states have legislative competence”.

Keputusan tersebut perlu dirai dan disanjung sebagai satu pengesahan bahawa “precepts of Islam” (perintah agama) itu luas dan tidak terbatas kepada lima rukun Islam. Kesalahan yang melibatkan pelakuan dan tinggalan dalam perintah agama bagi orang Islam semata-mata hendaklah berada di bawah kuasa perundangan Negeri dan dikekalkan dalam Senarai Negeri. Prinsip di atas telah diterimapakai dalam Alasan Penghakiman Mahkamah Persekutuan dalam kes Iki Putra bin Mubarrak.

Sesungguhnya kedudukan “precepts of Islam” juga tidak hanya apa yang terjumlah dalam Senarai II Jadual Ke-9. Butiran I Senarai II menyatakan, “pewujudan dan penghukuman kesalahan yang dilakukan oleh orang yang menganut agama Islam terhadap perintah agama itu, kecuali berkenaan dengan perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan;” Disebut dalam Butiran I pewujudan dan penghukuman terhadap pelanggaran perintah agama.

Butiran I Senarai II di atas perlu dibaca bersama-sama dengan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan; ia memberi maksud bahawa perintah agama Islam selain ditadbir oleh Negeri melalui Senarai II juga terkandung di bawah Senarai I di bawah pentadbiran Persekutuan.

Kedudukan perintah agama di dalam Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri membuktikan amalan yang selari dengan Islam sebagai agama Persekutuan dan prinsip kedaulatan negara yang berlandaskan patuh syariah seperti terkandung dalam Sumpah Yang di-Pertuan Agong dan Perkara 181(1) Perlembagaan Persekutuan.

Justeru, selaras dengan prinsip kedaulatan sedemikian, Undang-undang Persekutuan dan Negeri perlu diharmonikan dengan prinsip perundangan Islam.

Penulis, Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain merupakan Pengasas Jurisprudens Watan dan juga Profesor Madya Universiti Malaysia Pahang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: