Perundangan Islam fokus mendidik, bukan hukuman mana lagi berat

Keputusan Mahkamah Persekutuan memang telah dijangka kerana Malaysia mempunyai dua sistem perundangan iaitu Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil. Keunikan ini hanya ada pada negara kita sahaja, tidak seperti negara lain yang kebanyakannya hanya mempunyai satu sahaja jenis mahkamah iaitu Mahkamah Sivil.Dan jabatan yang terlibat dengan isu ialah JAIS yang juga mempunyai hak untuk membuat pendakwaan kesalahan jenayah syariah di Mahkamah Syariah namun bagi isu amalan seks luar tabii oleh kaum LGBT, yakni melakukan perlakuan sumbang sejenis terdapat juga di dalam Perkara 377 Kanun Keseksaan, dalam peruntukan Mahkamah Sivil.

Dan Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa kesalahan jenayah liwat (seks di luar tabii) yang terkandung di dalam Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 (EJS 1995) adalah tidak sah dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Namun, ini tidak bermakna kisah itu sudah terhenti setakat itu sahaja, sebab dalam amalan perundangan di Malaysia masih terdapat ruang untuk mengenakan tindakan atas kesalahan melampau luar tabii ini kerana Malaysia tidak mengiktiraf seks luar tabii yang dijenayahkan dalam Kanun Keseksaan dan pelaku masih boleh didakwa di Mahkamah Sivil.

Dalam peruntukan undang-undang di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 Bahagian IV – Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Kesusilaan, Seksyen 15. Liwat iaitu; Mana-mana orang lelaki yang melakukan liwat adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

Undang-undang diwujudkan untuk mengatur kehidupan dan mendidik rakyat supaya mencapai kedamaian dalam negara. Kesalahan dan perlakuan jenayah tetap akan didakwa sama ada dalam Sivil untuk semua atau Syariah bagi pesalah Muslim. Untuk itu dalam bagi kesalahan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan iaitu sesiapa yang melakukan hubungan seks luar tabii secara sukarela, akan dihukum penjara maksima 20 tahun, termasuk sebatan.

Tidak dinafikan ada baiknya pandangan sesetengah yang melihat keputusan Mahkamah Persekutuan berkenaan sebagai langkah moving forward ke arah mengharmonikan Undang-Undang Syariah dengan Undang-Undang Sivil. Dalam hal ini amalan gay, seks songsang, seks luar tabii, sumbang mahram dan sebagainya TIDAK diterima di Malaysia dan sudah dikanunkan sebagai jenayah yang boleh didakwa di bawah perundangan sedia ada.

Di sinilah pakar perundangan kedua belah pihak perlu duduk semeja berbincang dengan peruntukan perlembagaan sedia ada untuk mengharmonikan kedua-dua set perundangan ke arah memastikan penjenayah tetap didakwa atas kesalahan yang dilakukan. Ini kerana peruntukan hukuman dalam syariah lebih ringan daripada peruntukan hukuman dalam sivil.

Rakyat mesti faham bahawa Rukunegara pertegaskan Perlembagaan dengan Prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang. Ini bertepatan dengan Perkara 3(1) yang meletakkan Islam sebagai agama bagi Perserutuan; Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) memelihara Islam dalam Perkara 37(1) dan Kedaulatan watan dalam Perkara 181(1) Perlembagaan Negara.

Penjawat awam melaksanakan fungsi eksekutif berpunca daripada kuasa eksekutif YDPA. Kegagalan mentaati YDPA yang sudah bersumpah memegang jawatan dalam Perkara dengan lafaz “Wallahi, Wabillahi, Wattallahi untuk “…memeliharakan pada setiap masa Agama Islam…” tidak melayakkan diri memegang amanah untuk menjalankan fungsi eksekutif berkenaan.

Dalam Islam hukuman diperuntukan bukannya bertujuan untuk menyiksa pesalah tetapi untuk mendidik dan menyedarkan kesalahannya itu boleh memyebakan ketidakstabilan sosial dikalangan masyarakat bukan hanya yang berbilang bangsa dan kaum tetapi juga melanggar tabii sifat manusiawi. Oleh itu, Islam meletakkan sesuatu hukuman itu sebagai pengajaran dan iktibar bagi yang lain mengambil pengajaran.

Haji Rashidi bin Haris
Ketua Media MUAFAKAT
Ketua Komunikasi & Multimedia PEMBELA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: