‘Tun M patut bersara dari politik, beralih kepada kebajikan’

Pagi damai saya hari ini terganggu apabila dikejutkan dengan kenyataan Tun Dr. Mahathir (Tun M) yang mencadangkan supaya jawatan tertinggi kerajaan seperti Ketua SPRM, Peguam Negara, Speaker Dewan Rakyat dan Negara serta yang lainnya tidak lagi dilantik oleh Perdana Menteri (PM) dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong (YDPA).Sebaliknya senarai jawatan besar itu dilantik dan diluluskan oleh Parlimen dengan perkenan YDPA, ertikata lain PM tidak lagi ada kuasa untuk melantik sesiapa bagi mengisi posisi jawatan penting dalam kerajaan. Padahal semasa era Tun M sendiri, beliaulah yang melantik dan menentukan siapa yang layak memegang jawatan penting dalam kerajaan.

Rujuk pautan di sini: https://www.tuncarlos.com/2021/03/dr-m-mahu-pemilihan-jawatan-tertinggi.html?m=1Cadangan ini dikemukakan kononnya supaya kerajaan hari ini menukar semua penjawat yang tidak profesional dan tidak berkebolehan di zaman PH dahulu kepada yang profesional dan berkelayakan. Anehnya, Tun M boleh bertanya kenapa ditukar dengan yang tidak berkelayakan? Padahal pegawai-pegawai ini sebenarnya dilantik oleh Tun M sendiri.

Keadaan ini menggambarkan betapa Tun M kini sudah mula lupa-lupa atau mungkin itu tanda-tanda beliau sudah hampir nyanyuk. Beliau lupa bahawa beliau yang menukar pegawai-pegawai asal di zaman BN kepada pegawai-pegawai yang tidak mahir dan tidak cekap sehingga menyebabkan negara menjadi kucar-kacir dengan tindakan dan kenyataan yang dibuat oleh pegawai berkenaan.

Sebagai contoh, tindakan melantik pegawai seperti Latheefa Koya sebagai Ketua SPRM, Tommy Thomas sebagai Peguam Negara dan Ng Kok Ming sebagai Speaker Dewan Rakyat ketika zaman PH kerana ketiga-tiganya mengikut perkiraan Tun M akan patuh kepada arahannya dan dianggap paling layak kerana berpengalaman serta profesional.

Selain itu, kita dapat melihat dengan mata kepala kita sendiri bagaimana peliknya perangai Tun M hari ini yang dilihat begitu pantang dihulur mikrofon, Tun akan membebel apa sahaja yang terlintas di fikirannya tanpa peduli kesan daripada kenyataannya itu. Tun tidak lagi seperti dahulu, sebelum membuat sebarang kenyataan beliau akan menilai fakta, kesan dan akibatnya.

Tanda-tanda nyanyuk pada diri Tun M terlihat semakin jelas, sebagai contoh dakwaannya yang mengatakan bahawa beliau tidak pernah meletak jawatan sebagai PM-8! Kenyataan Tun M ini sangat bercanggah dengan perbuatannya.

Dahulu pun kita masih ingat apabila wartawan bertanya kepada Tun M mengenai keadaan Anwar Ibrahim yang lebam sebelah mata. Alasannya sungguh kelakar apabila Tun M mendakwa Anwar Ibrahim mendapat mata lebam kerana menumbuk mukanya sendiri.

Saya memohon kepada pihak media supaya jangan lagi diberi peluang kepada Tun M ruang untuknya membuat kenyataan media atau menyiarkan apa-apa aktiviti beliau yang bukan hanya bakal mencetuskan kontroversi tetapi juga menghakis sifat, ciri dan taraf kenegarawanannya itu.

Beliau kelihatannya semakin hari semakin bercelaru dengan kenyataan-kenyataan merapunya itu. Dia akan bercakap tanpa memikirkan implikasi kata-katanya yang akhirnya akan menimbulkan kemarahan rakyat yang semakin membenci beliau.

Cukuplah dengan segala kerosakan yang telah Tun M lakukan ke atas negara selama ini, di usia yang sangat lanjut ini, Tun M sepatutnya kembali muhasabah diri bersiap dengan amal ibadat sebagai bekalan untuk dibawa mengadap Allah SWT nanti.

Cari dan ambillah peluang daripada baki usia yang ada dengan memperbanyakkan amal ibadah bagi menambah pahala, bukannya menambah beban dan liabiliti dengan dosa-dosa kerana kenyataan-kenyataan Tun yang masih lagi tidak habis-habis berbau anti monarki yang dahulu pernah diperlihatkannya sejak 1993 dan kini dilihat sudah semakin ketara di hujung usia yang semakin menuju malam.

Tun kelihatannya semakin kuat mencari segala ruang dan sudut untuk memperlekehkan peranan YDPA dan Majlis Raja-Raja Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan. Barangkali dendam kesumatnya masih membara setelah gagal disempurnakannya sewaktu berkuasa 22 bulan di zaman PH.

Sebab itulah ada pemerhati yang berkata Tun M kalau dapat naik semula sebagai PM beberapa bulan pun tak apa, dia akan perderas segala rancangan dan usaha terakhir menjatuhkan konsep Raja Berperlembagaan Malaysia dan Tun M mahu menjadi Presiden Republik Malaysia yang pertama?

Keadaan ini membuatkan kita teringat pula kepada video Wan Ji yang pernah tular dengan rancangan mahu membuang Kuasa Raja-Raja Melayu menjelang 2030 – apa jadi dengan kertas siasatan ke atasnya setelah berpuluh laporan Polis dilakukan oleh orang ramai selama ini? Atau Wan Ji juga dilindungi kartel politik bertaraf Tun, Tan Sri dan Datuk Seri sama seperti kartel dadah negara yang diumumkan oleh IGP baru-baru ini?

Penulis, Haji Rashidi Haris dengan nama penanya, Lebai Kampung merupakan pemerhati politik dan aktivis NGO Islam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: