Categories
Politik

Dakwa cuba disogok: SPRM minta Ahli Parlimen Sekijang buat laporan

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sekijang Natrah Ismail dinasihat untuk tampil membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan dakwaan ada individu cuba menyogok beliau supaya keluar daripada partinya.

SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan Ahli Parlimen PKR itu perlu membuat aduan kepada SPRM jika menganggap perkara itu sebagai perlakuan rasuah.

“Aduan tersebut adalah selaras dengan Seksyen 25 Akta SPRM 2009 mengenai kewajipan melapor transaksi penyogokan.

“SPRM bersedia untuk menjalankan siasatan terhadap aduan tersebut,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, tular di media sosial dakwaan bahawa ada dua individu telah bertemu dengan Natrah dan cuba menyogok beliau supaya berpaling tadah daripada parti dengan nilai tawaran RM10 juta selain dijanjikan jawatan. – Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s