Categories
Negara Politik

UMNO, Bersatu perlu muafakat demi politik orang Melayu

JELEBU – UMNO dan Bersatu perlu bermuafakat demi masa depan dan pemegangan politik kepada orang Melayu, kata tokoh politik veteran Tan Sri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata hubungan antara kedua-dua parti tidak boleh ‘berpatah arang’ begitu sahaja selain turut meletakkan harapan agar UMNO dan Bersatu akan terus kembali mengadakan kerjasama.

“UMNO sahaja tidak boleh berkuasa dan Bersatu sahaja pun tidak boleh berkuasa waima dengan PAS (perlu kerjasama). Komponen parti Melayu ini mesti sedar pentingnya bermuafakat,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan bakul makanan kepada penduduk di Kampung Geylang di sini hari ini.

Ketua Bersatu Bahagian Jelebu itu berkata setiap parti perlu ada jiwa bekerjasama dan memajukan negara bersama selain berpendapat mana-mana orang Melayu yang tidak rela bekerjasama, kedudukan kebangsaannya boleh dipersoal.

Rais, yang juga Yang Dipertua Dewan Negara, turut berpandangan semua pihak perlu menghormati kuasa Yang di-Pertuan Agong dengan peranan Perdana Menteri susulan terdapat desakan demi desakan supaya Parlimen kembali bersidang.

“Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri mempunyai kuasa mutlak (masing-masing), itu tidak boleh diubah, penentuan situasi itu terserah kepada Perdana Menteri membawa sembah kepada Agong, kalau ada apa-apa yang mahu dipinda,” katanya. – Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s