Categories
Negara Politik

Guan Eng, usah persenda syariat Islam demi ‘nafsu politik’

BANGI – Mengaitkan Islam dengan isu lompat parti jelas menampakkan pemimpin parti cauvinis DAP, Lim Guan Eng langsung tidak sensitif terhadap agama dan orang Islam secara keseluruhan. 
Semalam, Setiausaha Agung parti tamak haloba itu mempertikaikan kerajaan Perikatan Nasional (PN) mempertahankan tindakan wakil rakyat melompat parti, sekiranya mendakwa sebagai sebuah pentadbiran yang berpegang pada prinsip-prinsip bersih.
“Sebagai seorang beragama Islam, murtad itu tidak dibenarkan kenapa lompat parti boleh dalam politik? 
“Kami akan tetap rujuk kes lompat parti ini ke mahkamah,” katanya pada sidang media di Wisma DAP Pulau Pinang, semalam.
Menempelak kenyataan itu, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Haji Aminuddin Yahaya mempersoal sama ada Guan Eng cuba menyamakan taraf agama dengan parti politik. 
“Jangan kamu fikir masyarakat terlalu taksub dengan politik, maka kamu boleh permainkan dan persenda syariat Islam untuk nafsu politik kamu?
“Ingat, semuanya ada batas dan kamu sedang melangkaui batas itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Malah, beliau percaya pasti ada golongan ‘pentaksub’ yang menerima kenyataan Guan Eng dengan menganggap tindakan murtad tidak menjadi masalah, kerana sama seperti keluar parti semata-mata.
Tegas Haji Aminuddin, tindakan keluar daripada agama Islam sudah jelas sebagai satu kesalahan kerana ia termaktub dalam undang-undang di Malaysia.
“Buat masa ini, lompat parti masih tidak dikategorikan sebagai kesalahan dalam mana-mana undang-undang Malaysia.
“Lim Guan Eng sebagai seorang Ahli Parlimen sejak banyak penggal dan sebagai pimpinan parti yang punyai wakil rakyat teramai buat apa selama ini?,” katanya.
Beliau turut pelik dengan Guan Eng yang ‘panas’ dengan isu lompat parti, sedangkan keadaan itu turut berlaku di dalam Pakatan Harapan (PH).
“Kita pun masih ingat bagaimana PH dan Warisan berjaya menawan Sabah selepas PRU14, selepas ada wakil rakyat lompat parti.
“Kita juga tidak lupa berapa banyak kali Anwar Ibrahim dakwa beliau ada ‘numbers’ yang bermakna ‘lompat parti’ adalah satu alat yang turut digunakan PH tetapi gagal,” katanya.
Menurut Haji Aminuddin, inilah kesan apabila pemimpin politik Melayu berbalah antara satu sama lain.
“Saya mendambakan kebangkitan yang jitu dri semua pemimpin parti politik Melayu setiap kali ada politikus yang mempersendakan Islam sebegini rupa, tetapi masing-masing sibuk bergaduh.
“Tetapi malangnya kini, kita tidak nampak semangat apatah ‘kegarangan’ itu lagi tatkala agama Islam dihina,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s