Categories
Politik

Isu Kalimah Allah 2.0: Kebangkitan NGO-NGO Islam

Pada 14 Mac 2021, gabungan NGO-NGO Islam, iaitu Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) telah mengadakan persidangan tergempar bagi membantah penggunaan kalimah ALLAH untuk digunakan oleh agama Kristian.Persidangan tergempar itu adalah terhad kepada jemputan khas seramai 200 orang sahaja disebabkan kekangan PKP; kebanyakkannya dihadiri oleh pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam yang bersama-sama berasa bertanggungjawab untuk bangkit menyahut seruan mempertahankan kesucian kalimah ALLAH daripada disalahgunakan oleh penganut agama Kristian bagi tujuan menyebarkan agama Kristian terutamanya kepada kaum berbahasa Melayu.

Pada asalnya, bukanlah suatu kesalahan ke atas sesiapapun yang mahu menyebut Nama “Allah” sebagai “Yang Maha Pencipta”. Ia bukan satu kesalahan sehingga perlu dihukum ke atas yang bukan Islam jika ia mahu memberi “salam”, bukan juga menjadi satu kesalahan jika sesiapa menyebut “Allah, Allah, Allah…” berulang kali. Yang menjadi kesalahan hingga boleh menyebabkan seorang itu dikira telah melakukan perbuatan syirik apabila ia mengatakan “Allah itu adalah bapa kepada Jesus, atau Allah disalib, atau Allah itu punya anak, atau apa-apa yang bercanggah dengan konsep tauhid kepada Sifat dan Dzat Allah SWT.”

Inilah perkara paling prinsipal yang dibantah dan amat dibimbangi oleh para ulama, sarjana dan orang ramai di kalangan Melayu-Muslim di negara ini apabila Kalimah Allah dibenarkan penggunaannya kepada Kristian Malaysia. Jika dibiarkan, berkemungkinan boleh menyebabkan keadaan menjadi huru-hara kerana ia terang-terangan akan menyinggung perasaan orang Islam, sama ada dilakukan secara terbuka mahupun tertutup kerana ia amat bercanggah dengan konsep Rukun Iman umat Islam dalam memahami implikasi dan makna Nama Allah Yang Maha Suci itu.

Barangkali, disebabkan begitu tersentap dengan persidangan kelmarin yang dihadiri lebih daripada 100 NGO Islam daripada pelbagai latarbelakang telah menyebabkan YB Menteri Agama hadir sendiri bersama pegawainya di pejabat PEMBELA petang semalam, 15 Mac 2021 bagi mendapatkan penjelasan sebenar pandangan dan pendapat daripada Sekretariat PEMBELA yang menganjurkan persidangan kelmarin.

Atas inisiatif YB Menteri, PEMBELA amat menghargainya, sekurang-kurang pendekatan dan adab YB Senator Datuk Dr. Zulkifli al-Bakri ini amat jauh daripada mantan Menteri PH yang lalu. Dan PEMBELA menyambut baik kehadiran YB Menteri Agama serta memanjangkan kerisauan dan suara daripada NGO-NGO Islam kepada beliau untuk diambil perhatian serius serta tindakan segera sebelum keadaan menjadi lebih parah.

Ini belum lagi kebangkitan di Negeri-negeri lain yang sememangnya turut membimbangkan NGO-NGO pada peringkat Negeri. Isu ini tidak boleh didiamkan oleh pihak berkuasa khususnya oleh YB Menteri Agama. Ia tidak wajar disenyapkan atau disuruh “bersabar, tunggu dan lihat” kerana ia telah dirancang oleh pihak tertentu dengan perancangan yang sangat teliti dan tersusun terangkum dalam agenda besar golongan Liberalis dan “anti Syariah” untuk menghapuskan elemen dan pengaruh Islam dalam Perlembagaan Persekutuan dan juga Undang-Undang Syariah Islam Negeri-negeri.

Dengan kata lain ini sebahagian daripada siri “Islamofobia”, “Islam bashing” dan “nyahkan Syariah” dikuatkuasakan atas individu Muslim di negara ini dengan mencabarnya di Mahkamah Sivil atas hujah “hak kebebasan bersuara”, “hak kebebasan individu”, “hak demokratik” dan sebagainya yang bercanggah dengan konsep human right yang diperjuangkan oleh COMANGO di arena antarabangsa yang mendakwa elemen Islam sebagai tidak berlaku adil ke atas warga Malaysia yang beragama Islam.

PEMBELA telah menggariskan 6 Resolusi dalam Memorandum yang diserahkan kepada YB Menteri Agama hasil daripada persidangan yang telah dijalankan di Kuala Lumpur berkenaan. PEMBELA akan sentiasa bergerak bersama-sama dengan NGO-NGO Islam bagi mempertahankan Islam sebagai agama negara sebagaimana termaktub di dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan.

PEMBELA dengan ini menegaskan sekali lagi, kehadiran Menteri Agama di Pejabat MUAFAKAT berkenaan, meskipun diraikan dengan penuh adab dan hormat, tidak langsung bermakna PEMBELA “menjadi cair dan lembut”, sebaliknya menambah motivasi dan azam PEMBELA untuk melakukan himpunan SEJUTA UMMAH setelah PKP ditamatkan sekiranya isu ini gagal diselesaikan oleh YB Menteri Agama dan pihak kerajaan PN.

Perjuangan mengembalikan Kalimah Allah pada tafsiran Islamnya yang tepat adalah tanggungjawab semua umat Islam Malaysia kerana penggunaan Nama Allah, jika disalahgunakan, bakal mencetuskan api kemarahan umat Islam akibat Prinsip Tawhid yang amat berbeza di antara “Allah” dalam Islam dan “God” dalam Kristian sebagaimana jelas tafsiran ulamak sejak berzaman tanpa khilaf.

Sungguhnya amat jauh makna Allah bagi Muslim berbanding Allah dalam Kristianiti, yang dalam perbahasan ilmiah jelas menujukkan puak Kristian tegar dibantu oleh kalangan liberalis dan anti-Syariah sedang merobek intisari dasar pegangan Muslim Malaysia yang amat memahami Allah dalam konteks maksud Surah Al-Ikhlas dan Al-Kafirun.

Ditulis oleh Lebai Kampung @ Haji Rashidi Haris

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s