PEMBELA tempelak Majlis Gereja kerana enggan berdialog isu Kalimah Allah

KUALA LUMPUR – Pengerusi gabungan NGO-NGO Islam, atau lebih dikenali sebagai Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Hj Aminuddin Yahaya hari ini menempelak Majlis Gereja kerana enggan berdialog dalam isu Kalimah Allah selepas Kementerian Dalam Negeri menawarkan platform berdialog bersama ilmuan-ilmuan Islam.

Menurut Aminuddin, keengganan Majlis Gereja untuk berdialog adalah suatu yang mencurigakan kerana sebelum ini Majlis Gereja seringkali melibatkan diri dalam pelbagai perkara walaupun yang tidak berkaitan dengan mereka.

“Keengganan Majlis Gereja untuk menyertai dialog secara ilmiah bersama ilmuan-ilmuan Islam di Malaysia ini sebenarnya satu indikator kuat bahawa ada sesuatu yang disembunyikan”, katanya.

“Mengapakah Majlis Gereja ini terlalu senyap padahal merekalah badan atau institusi autoriti bagi agama Kristian? Isu-isu lain yang tiada kaitan pandai pula mereka berbunyi”, kata Aminuddin lagi.

Aminuddin juga mempersoalkan mengapa Majlis Gereja terlalu ‘senyap’ dalam isu ini padahal merekalah institusi autoriti bagi agama Kristian yang sepatutnya memberikan penjelasan.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi dalam satu keputusan membenarkan penggunaan Kalimah Allah dan beberapa perkataan lain seperti “Kaabah”, “Solat” dan “Baitullah” oleh agama lain yang telah mencetuskan pelbagai polemik dalam masyarakat.

Berita Melayukini, 21/3/2021

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: