Polis dikawal ‘ahli politik’?

BANGI – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikawal ahli politik kerana mereka adalah kerajaan, kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
Mekipun begitu, beliau menegaskan, tidak semua arahan yang dikeluarkan akan diikut kerana polis hanya menerima arahan yang sah dari segi undang-undang.
“Tetapi kalau kita tidak ikut kehendak dia (ahli politik), kartel tidak boleh buat apa-apa.
“Kita dulu pernah tangkap ketua… ahli politik tidak boleh cakap apa-apa kerana kita ada bukti dia terlibat.
“Saya pernah tangkap tujuh Datuk ‘ah long’ kerana mereka menganiayai peminjam wang. Semua dituduh di mahkamah,” katanya dalam program Kerusi Panas di TV Pertiwi, semalam.
Dalam pada itu, Musa Hassan yang sebelum ini memegang jawatan Ketua Polis Negara kelapan menggesa rakan sejawatnya berpendirian tegas.
“Kita kena tegaslah. Jangan dengar sangat apa yang orang politik nak. Itu masalahnya.
“Walaupun orang politik ketua kita, arahan-arahan betul kita patuh, yang tidak betul kita tak boleh patuh,” katanya.

Kredit: Portal Islam dan Melayu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: