Categories
Kolumnis Politik

Propaganda musuh mahu Melayu-Islam bercerai berai

Di media massa sebaik melangkah masuk tahun 2021, rakyat mula disajikan dengan pelbagai persepsi karut marut terutamanya dalam sosial media, semuanya dengan tujuan mahu memecahbelahkan kesatuan orang Melayu-Islam. Sama ada kita perasan atau tidak, semuanya _focus_ kepada tiga tunggak parti Melayu yang berjaya membentuk sebuah kerajaan mentadbir negara dengan sebaik mungkin.

Serangan bertubi-tubi itu bukan hanya tertuju kepada ketiga-tiga parti yang bergabung membentuk kerajaan campuran menerajui negara iaitu BERSATU, UMNO dan PAS agar saling bermusuhan, tetapi mahu agar penyatuan ini berkesudahan dengan tumbang terus kerajaan PN yang dikatakan kerajaan tebuk atap atau kerajaan pintu belakang.

Tanpa menafikan setiap parti itu mempunyai kelemahan masing-masing baik disebelah parti dalam kerajaan mahu pun dari pembangkang dengan masing-masing berusaha memperbaiki bahagian yang lopong itu dengan sebaik mungkin. Dan dengan pelbagai bentuk provokasi dilakukan oleh musuh-musuh Melayu-Islam ini, baik dari sumber berita benar yang kemudiannya diputarbelikkan faktanya, atau yang lebih paling teruk persepsi karut marut yang sengaja direka-reka dengan tujuan mahu ‘brainwash’ minda orang Melayu supaya bersangka buruk sesama sendiri dengan menanam sifat saling membenci antara satu sama lain sehingga tidak lagi dapat duduk bersama.

Kebelakangan ini kita dapat melihat bagaimana mereka yang berkepentingan mahu kuasa pula mula salur video-video berbentuk propaganda sama ada dalam bentuk sedih atau panas seperti membakar semangat orang ramai menyokong tokoh-tokoh tertentu walaupun ada kalangan tokoh itu terbabit dengan salahlaku atau yang telah dihukum oleh mahkamah atas jenayah seks sejenis.

Terdapat beberapa video durasi sekitar 3 atau 4 minit memaparkan detik-detik kejatuhan tokoh tersebut dan perjalanan politiknya yang kononnya memperjuangkan kebenaran dan keadilan padahal negara menjadi huru hara disebabkan tindakan beliau sendiri. Semua ini dirancang dengan teliti dan dengan penuh kesabaran.

Ini bukannya perancangan setahun dua tetapi bertahun-tahun dan dengan tentunya dengan belanja besar untuk menyediakan segala bentuk propa yang mampu memberi kesan ke atas pembaca. Sebagai contoh, video pengulas bernama Ling Ming dari China, sengaja memberi gambaran buruk terhadap negara, tindakan yang sama pernah dilakukan oleh bekas Menteri Perpaduan kerajaan PH, Waytha Moorthy Ponnusamy, Pemimpin HINDRAF yang menghina negara dengan memberi gambaran negatif di suatu majlis dialog di Ireland Utara pada 23 Jan 2020, dan sebelum itu pernah melakukan hal yang sama tahun 2007 apabila tular video beliau menghina negara semasa diwawancara oleh stesen TV Belanda.

Timbul persoalan, apakah ini agenda sulit penuh dengan konspirasi bawah perancangan Illuminati? Wallahu alam, hanya mereka yang terlibat mampu menjawabnya. Walau apapun, jika benar ada campurtangan luar, perkara ini sangat membimbangkan dan kerajaan hari ini harus bekerja lebih keras lagi bagi membasminya.

Sejak dahulu lagi, saya konsisten mengatakan musuh utama ummat Islam ialah golongan kafirun. Kemudian selepas itu barulah mereka yang dari dalam iaitu dari golongan Wahabi, Syiah dan Liberal. Saya tidak mengatakan kafir itu bahaya manakala ketiga-tiga tadi itu sekadar sesat sahaja, saya mengatakan kafir itu musuh Islam yang nyata, manakala yang sesat dari ketiga-tiga kumpulan ini juga adalah musuh besar Islam dari dalam masyarakat Islam itu sendiri.

Dan saya tidak terburu-buru atau gopoh menghukum saudara seagama saya ini kerana ada dalil yg melarang kita berbuat demikian, ada dalil iman sebesar biji sawi pun ada nilainya di sisi Allah SWT, Dari Abu Sa’id Al Khudri radhiyallahu’anhu, dari Nabi SAW sabdanya: “Setelah penduduk Syurga masuk ke dalam Syurga, dan penduduk neraka masuk ke dalam neraka, maka Allah berfirman: “Keluarkanlah dari neraka orang-orang yang ada iman di dalam dadanya (walau hanya) sebesar biji sawi!” Lalu mereka dikeluarkan dari neraka, (tetapi) tubuh mereka hitam bagaikan arang, kerana itu mereka dilemparkan ke dalam sungai Haya’ atau Hayat. Imam Malik ragu antara Haya’ atau Hayat. Kemudian tubuh mereka berubah bagaikan benih, yang tumbuh sesudah banjir. Tidakkah engkau lihat benih itu tumbuh berwarna kuning dan berlipat-lipat”. (Hadith sahih Bukhari no.0017)

Mahmud bin Ghailan menceritakan kepada kami, Abu Dawud memberitahukan kepada kami, Syu’bah dan Hisyam memberitahukan kepada kami, dari Qatadah dari Anas bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Hasyim berkata dalam hadisnya: “Keluar dari neraka”, dan Syu’bah berkata dalam hadisnya: “Keluarkanlah dari neraka orang yang mengucapkan “tiada Tuhan selain Allah” sedangkan dalam hati-nya terdapat iman seberat biji gandum, dan keluarkanlah dari neraka orang yang mengucapkan “tiada Tuhan selain Allah” sedangkan dalam hatinya terdapat iman seberat biji sawi”, Syu’bah berkata: “Maa yazinu dzurah’ tanpa tasydid. Dalam bab ini ada hadith dari Jabir dan Imran bin Hushain. Hadith ini adalah hadith hasan sahih.

Semoga pencerahan dari perkongsian ini dapat membuka minda kita jangan sampai tertutup tanpa ada ruang berlapang dada dan memahami situasi yang mana lebih afdhal daripada yang afdhal. Kita harus berhati-hati agar tidak mengsia-siakan tumpuan melawan musuh pada tempat yang salah dengan menyangka yang kecil itu besar padahal Qur’an berulang kali memberi peringatan hingga diabadikan dalam Surah Al-Fatihah agar kita meminta perlindungan daripada Yahudi dan Nasara ini.

Dihantar oleh Al-Firqah An-Najiyah yang merupakan pemerhati politik

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s