Categories
Negara

Isu hak pelacur: Mengapa kerajaan masih membisu?

KUALA LUMPUR – Pengerusi gabungan NGO Islam, Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) iaitu Tuan Haji Aminuddin Yahaya mempertikai kebisuan kerajaan persekutuan akan cadangan Datuk Prof. Dr Madeline Berma yang merupakan Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) supaya hak pelacur dibela.

Menurut Aminuddin, selaku sebuah badan kerajaan yang bertaraf suruhanjaya, SUHAKAM sepatutnya bersikap pro-perlembagaan di mana secara jelasnya di dalam Akta 547 menyatakan agar tidak sewenang-wenangnya Deklarasi Antarabangsa Hak Asasi Manusia diikut secara membuta tuli dan mengabaikan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Aminuddin menegaskan lagi, aktiviti pelacuran merupakan kesalahan jenayah yang tidak sah di sisi undang-undang serta terdedah kepada penyakit HIV dan banyak lagi.

Malah katanya, kesalahan pelacuran juga terdapat di dalam Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 di bawah Seksyen 21 (Pelacuran).

Jelas beliau, tidak wujud apa yang di istilahkan sebagai “industri penjualan dan pembelian seks” di dalam negara ini kerana perkara itu jelas merujuk kepada satu perbuatan tidak bermoral.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s