Categories
Politik

Zahid nafi suara audio bersama Anwar Ibrahim

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan sekeras-kerasnya mengenai penyebaran audio yang kononnya merakam perbualan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mengakui terkejut dan kecewa dengan perkara itu, Ahmad Zahid menegaskan bahawa tiada sebarang perbualan antara dirinya bersama Presiden PKR itu selepas Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020, baru-baru ini.
Beliau menyifatkan perkara itu sebagai satu percaturan politik jahat dan jijik, yang hanya mengesahkan usaha berterusan untuk melemahkan serta menghancurkan UMNO.
“Saya percaya lebih banyak lagi permainan keji seperti ini akan dilakukan untuk terus meremehkan dan memusnahkan UMNO,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Ahmad Zahid berkata, sebagai Presiden UMNO, beliau tidak akan sesekali mencabuli apatah lagi membelakangi apa jua ketetapan yang telah diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan PAU.
“Saya telah mengarahkan pegawai saya untuk segera membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dilakukan untuk mengenal pasti dalang ‘scheme of thing’ ini,” katanya.
Terdahulu, satu rakaman audio didakwa mirip suara Ahmad Zahid dan Anwar tular di media sosial pada Rabu.
Video tersebut dipercayai bermula dengan ucapan Ahmad Zahid ketika bercakap pada PAU 2020 yang menegaskan bahawa UMNO tidak akan menerima Anwar, DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Bagaimanapun, dalam video berdurasi empat minit 17 saat menerusi akaun Facebook Insider Malaysia itu, turut kedengaran suara dipercayai mirip dengan Anwar memuji ucapan Ahmad Zahid dalam PAU menerusi panggilan telefon.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s