‘Boleh tangguh pemilihan parti’ – Naib Presiden UMNO

KUALA LUMPUR – Majlis Tertinggi (MT) UMNO boleh memutuskan untuk mengadakan pemilihan parti tahun ini atau menangguhkannya sehingga tempoh 18 bulan, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau yang juga Menteri Kanan (Keselamatan) berkata, mengikut perlembangaan parti, pemilihan UMNO perlu diadakan setiap tiga tahun selepas tempoh matang kepimpinan parti tamat.
“Mengikut perlembagaan UMNO, penangguhan dibenarkan dibuat dalam tempoh 18 bulan oleh MT.
“Tempoh matang bagi kepimpinan UMNO sekarang akan tamat pada 30 Jun 2021, namun terserah kepada MT jika mahu tangguhkan pemilihan,” katanya.
Ismail Sabri berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Pharmaniaga Bhd dan Universti Malaysia Terengganu (UMT) di sini hari ini.
Pemilihan UMNO 2021 sepatutnya diadakan tahun ini, namun terus menjadi tanda tanya apabila terdapat dua pandangan dalam kalangan kepimpinan parti yang mahu ia ditangguhkan dan yang menggesa dilaksanakan sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pada Februari lepas, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamdi memberi jaminan pemilihan parti itu akan tetap diadakan tahun ini namun beliau tidak menetapkan tarikh pemilihan parti akan berlangsung. – Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: