Categories
Negara

Kaji semula kedudukan SUHAKAM, henti bawa budaya songsang Barat ke Malaysia

Siaran langsung program ANALISIS di channel 114 TV Alhijrah bertajuk: WUJUDKAH HAK ASASI PEKERJA SEKS yang dipengerusikan oleh Puan Finas dan ahli panelnya terdiri daripada Pesuruhjaya SUHAKAM Datuk Prof. Dr. Madeline Berma yang sebelumnya pernah membentang kertas kerja berkaitan “Hak Asasi Pekerja Seks di Malaysia”.

Diskusi ini dianjurkan oleh Pertubuhan Kesihatan dan Kebajikan Umum Malaysia. Katanya dalam Diskusi Meja Bulat “Mengakhiri Keganasan Terhadap Pekerja Seks”.

Turut sama sebagai panel ialah Tuan Haji Aminuddin bin Yahaya; Pengerusi PEMBELA, yang lantang menyuarakan isu-isu penting negara seperti murtad, kalimah Allah, LGBT, pencerobohan tanah, bantah ICERD dan beberapa lagi. Juga Prof. Madya Dr. Rafidah Hanim; Pengerusi WAFIQ dan Prof. Datuk Dr. Shamrahayu Ab. Aziz, Penyandang Kursi, Pejabat Kursi Institut Raja-Raja Melayu, UiTM, seorang pakar dalam Perlembagaan dan perundangan.

Kemudian di Facebook peribadinya pula Dr. Madeline ada menyebut antara lain: “Pekerja seks (pelacuran)” di Malaysia menghadapi diskriminasi, ancaman keselamatan, keganasan dan mereka tergolong dalam kumpulan rentan (vulnerable). Keadaan ini berlaku disebabkan industri pelacuran tidak sah daripada segi undang-undang negara, maka mereka yang bekerja dalam industri seks dikriminalisasi (criminalisation).”

Kenyataan beliau itu amat jelas bertentangan dengan falsafah dan intipati Perlembagaan Negara kita. Kenyataan sebegitu seolah-olah menggambarkan beliau mahu menghalalkan kegiatan maksiat pelacuran di dalam negara dan melindungi mereka yang terlibat dengan aktiviti haram di sisi agama Islam dan sekaligus menyalahi perundangan negara.

Sepanjang berbicara dalam program analisis TV Alhijrah, Dr. Madeline beberapa kali menafikan malam itu yang beliau tidak mewakili SUHAKAM, sebaliknya bercakap bagi pihak dirinya sendiri secara individu. Alasan tidak profesional dan defensif tetapi degil ini menunjukkan ketidakupayaannya bertanggungjawab ke atas segala cadangan dangkal dalam kertas kerjanya itu walhal dia adalah salah seorang Pesuruhjaya SUHAKAM.

Beliau juga beberapa kali menafikan apa yang beliau lakukan adalah normalisasi bagi menghalalkan pelacuran sama seperti kes LGBT yang bermula dengan tuntutan hak menggunakan tandas sendiri walaupun sehingga artikel ini disiapkan tidak ada dalam dunia ini ada mana-mana negara yang menyediakan tiga jenis tandas; lelaki, perempuan dan pondan!

Walaupun Dr. Madeline menafikan tindakannya membentang kertas kerja tersebut adalah dengan tiada niat hendak mengganggu kacau sesiapa pun, janganlah bersikap lontar batu sorok tangan. Bertanggungjawablah atas kata-kata anda dan anda membentangnya dengan NIAT dan HASRAT sebagaimana dimaksudkan dalam kertas kerja berkenaan.

Sebenarnya SUHAKAM sudah jauh menyimpang daripada asas landasan penubuhannya kerana bersikap terlalu liberal, amat kuat berkiblatkan falsafah dan konsep luar serta asing yang tidak serasi dengan falsafah dan intipati Perlembagaan kita sebagai sebuah negara demokratik, merdeka dan berdaulat atas nilai, norma, budaya dan jati diri kita yang sudah kita warisi ratusan tahun lamanya.

Melihat kepada rekod mereka, sudah sampai masanya KDYMM SPB YDP Agong membubarkan SUHAKAM jika mereka masih berdegil dengan cadangan-cadangan kalut, atau digantikan sahaja dengan pesuruhjaya yang lebih memahami falsafah, nilai, norma serta jatidiri kita selaras dengan Perlembagaan Persekutuan 1957 dan selaras dengan kebudayaan Malayuwiyyah-Islamiyyah.

Ditulis oleh Haji Rashidi bin Haris yang merupakan Ketua Aktivis Pertubuhan MUAFAKAT

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s